Friday, 1 February 2013

Tidak Sihat

sekarang tengah buat apa?
sekarang tengah berusaha mengatasi tekanan jiwa yang tak habis2 lagi since 11 januari 2013.
sedih tak awal2 new year lagi da jadi macam ni?
time cuti sem ni ialah tempoh berkabung, namun tak pasti bila masuk sem baru still berkabung lagi ke tak.

well, sejujurnya, aku sangat tidak sihat sekarang. tekanan jiwa, mental dan emosi. kalau dulu malam2 tak boleh nak tidur sgt, tp alhamdulillah skrg dah boleh tidur. takda selera makan langsung, bila time nak makan sampai kena fikir perlu makan ke tak? kalau tak makan perut masuk angin, so makanla jugak sikit2 walaupun ada rasa nak muntah. barulah aku faham kenapa orang kalau baru clash ada yang jadi kurus kering,hurm. tapi sekarang problem terbesar is aku setiap kali bangun pagi or bangun tidur mesti jadi emo. sebab apa? sebab time tidur dalam mimpi aku mesti ada dia. sedih weh. time tidur aku rasa aku nangis sebab bangun2 pagi haa penuh mata ni. and lagi pun drpd dulu setiap kali bangun mesti dia antara benda pertama yang aku fikir. so, dah jadi biasa, and sekarang dah jadi macam orang gila orang meroyan setiap pagi. mesti lepas solat subuh aku diam and diam and diam and diam and fikir and diam and fikir balik and diam je. nasib baik ada iman di dada yang tahan aku drpd buat benda2 bukan2. and nasib baik dekat rumah ada kakak aku, taklah aku fikir sangat benda ni walaupun sangat fikir. letihnya jadi emosi macam ni tiba2. letih2, tak sukaaaa.
 penat bila asyik fikir pasal ni, but i really don''t have any way to lari drpd benda ni. because i have been so attached with him, and ktorg kenal agak lama dah setahun lebih, and ktorg berkawan since from the beginning kenal. haa maksudnya dah setahun lebih ktorg berkenal2 hati budi masing walaupun awal2 tu just act as junior senior. seriusly aku bagitau yang aku amat rasa kehilangan. kehilangan semuanya, daripada awal sampai akhir. macam tu je dia pergi, musnah harapan aku, separuh diri hilang. inilah masalahnya bila dah terlampau suka atau sayang atau cinta. ya Allah, lepas2 ini aku mohon kau jangan terbitkan rasa cinta yang sebegini dekat sesiapa pun, kerna ia amat sakit ya Allah. 

boleh dikatakan perasaan aku dekat dia memang sepenuh hati. sampai rasa macam dekat hati dah ada tertulis nama dia, dah melekat dekat situ. pedihnya nak buang Allah je yang tahu. banyak hikmah benda ni jadi, aku tahu. and sekarang aku belajar untuk menerima walaupun sukar, walaupun tak tahu bila boleh accept benda ni. mungkin bila dah masuk sem baru nanti, bila dah busy. ada pengajaran Allah nak bagi, and i really have to sentiasa ingat benda tu, sentiasa dekatkan diri dgn Allah. inilah mungkin hikmah terbesarnya. walaupun time aku dengan dia, aku banyak berubah ke arah kebaikan and aku cuba untuk berubah bukan sebab dia. namun aku belajar sesuatu yang baru iaitu orang yang minta kita berubah itu tak semestinya stay dengan kita bila kita dah berubah. dia merasakan aku tidak cukup berubah lagi and dia sudah tidak tahan dengan perangai aku. ya Allah, aku ni teruk sangat ke ya Allah? ya, mungkin teruk tapi tolong berikan aku satu lagi peluang ya Allah, untuk ubah diri ini and jadi yang lebih baik.

kekadang aku terfikir, mungkin perpisahan inilah jawapan terhadap doa2 aku selama ini,yang mohon keampunan, ketenangan dan cara yang paling baik untuk hadapi aku dan dia. walaupun ini ialah keputusan dia, namun mungkin Allah ada sembunyikan sesuatu yang aku betul2 tak nampak. sekarang, dalam kepala aku sungguh banyak kemungkinan. and sungguh, aku tak tahu yang mana satu.

ya Allah, kupohon Kau berikan yang apa2 yang terbaik untuk berlaku dalam hidupku, amin.


1 comment: