dalam hidup ini, kadang2 Allah jawab persoalan dan doa kita dengan cepat.
kadang2 Allah jawab dengan lambat.
sebab Dia jawab sesuatu berdasarkan kepentingan itu untukmu.
sebab Dia yang merancang semuanya untukmu dengan cinta-Nya, pasti Dia tahu apa yang terbaik untukmu.
mengapa aku berkata begini?
kerna sebenarnya telah banyak kali Allah menjawab persoalanku dalam doa2 ku.
tadi, ada ku sebut yang aku rindu. dan bila aku baca buku "dosa2 besar yang sering diremehkan wanita" tu, dalamnya ada tertulis,
"berkhalwat bukan hanya bermaksud duduk secara berdua-duaan, bahkan berbual melalui telefon di luar keperluan syarie juga dapat dikatakan berkhalwat. benar,secara fizikal mereka tidak berada dalam satu tempat, namun kewujudan seseorang melalui suara cukup mewakili kewujudan fizikalnya. bahkan dengan melalui telefon, mereka lebih bebas membicarakan tentang apa sahaja selama berjam-jam tanpa berasa takut pada sesiapa pun"
- dipetik drpd buku jurus jitu mengelola cinta, karya m.idham kusmarwanti, jakarta.
astaghfirullah al-azim T.T
mungkin Allah ingin menyelamatkan diriku drpd benda2 yang tidak patut itu. ya Allah, banyak sangat dosa yang telah aku lakukan. kau terimakah taubatku?
kedua, tadi semasa mengaji, aku terbaca ayatnya,
"la tahzan".
masyaAllah. betapa Dia tahu apa yang hamba-Nya sedang lalui.
ketiga, semasa aku dalam tempoh perkabungan yang lalu, di mana kurasakan diri aku ini betul2 hina. semasa membaca tafsiran surah an-nur, terjemahan ayat ini yang keluar,
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
dan beberapa hari selepas itu,
"wa laa taqrobu zina"
Allahu akbar!
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Ibn Qayyim memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya, hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya, lebih kepada perbuatan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan yang menuju kepada kesedihan dan keresahan.
Dalam hal ini, Ibn Qayyim menyatakan : “Orang yang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakkan. Barang siapa yang terjatuh ke dalamnya, maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.
Terbaca jugak yang ini :
Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah pelaksanaannya. Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Satu-satunya ruang cinta yang diredhai Allah ialah cinta selepas diijabkabulkan.
juga yang ini :
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta
selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta
murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu
ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda
Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni
Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
ya Allah...
ampunkanlah dosa2 kami ya Allah...
walaupun kebanyakan bahan bacaan ditulis oleh fatimah syarha, di mana aku takkan dapat pernah menjadi sepertinya.
namun, Kau maafkanlah aku dan dia atas kesalahan yang telah kami lakukan. astaghfirullah.