baru ku sedari yang diriku masih belum boleh berseorangan lagi. baru ku sedari yang fikiranku kerap menerawang ke arah memori yang basi.
mengapa begini. sudah 4 bulan tragidi silam terjadi. oh Tuhan, Kau redhakan hati ini, Kau lembutkan hati ini, Kau lupakanlah segala kesakitan di hati dan otak ini.
patutla umi tak bagi join caving. yelah, duduk tempat gelap kan. hari tu naim panorama pun rasa macam nak pecah jantung masa tengah gelap-gelap naik tangga after subuh. biar pun ada ramai orang, tapi nak cakapnya perasaan tu ya Allah hanya Allah je yang tahu.
ya Tuhan, mungkin agak pelik untuk permohonan aku kali ini. namun, aku tak berdaya lagi melawan rasa sakit dan takut ini.
tolong, izinkan aku jumpa jodoh dengan cepat. tolong izinkan aku bernikah dengan cepat. kerna aku ingin menjaga maruah diri ini. malu sungguh aku ingin nyatakan pada umi dan abah, namun aku tahu aku ada Kamu. tolong nikahkan aku secepat yang mungkin.
patutkah aku merasa begini. padahal aku tiada calon untuk dinikahi. yang ada semua tidak kuyakini. bukan kerna kurangnya kemampuan harta, atau agama, namun masalahnya datang daripada diriku sendiri. aku tidak pasti adakah aku mampu untuk membina masjid bersama mana-mana mereka.
terasa kejam bila terpaksa menolak orang, namun apakan daya aku tak mampu. yang sepatutnya ada denganku pun aku tak mampu nak jaga hatinya, inikan lagi dengan lelaki yang tidak ku kenali erti hidup dan bekal kesabarannya terhadapku.
tadi, selepas maghrib, terasa ingin mencari jawapan. lalu kubuka al-quran. dan semestinya, Allah sentiasa menggerakkan hati dan jari untuk membuka halaman yang penuh dengan pencerahan walau tersirat.
keluar ayat ni tadi:
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang, Sesungguhnya pada yang demikian itu bena-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum: ayat 21)
masyaAllah, subhanaAllah.
indahnya Allah, baiknya Allah. di saat hamba berasa gundah gulana, ditenangkan hati dengan ayat-ayatNya.
agaknya kalau solat istikharah sekarang, atau solat hajat sekarang boleh tahu ke jodoh siapa? tapi, tak boleh sekarang. sebab hati masih belum sepenuhnya pulih, masih belum sepenuhnya bersih daripada nama dan kenangan yang lalu. nanti ati jadi berat sebelah, istikharah Allah bagi lagi rasa cenderung dekat si dia, memang nanti aku yang akan menangis merana.
jadi, konklusinya, solat untuk beri ketenangan dan lapang hati jelah. dan solat untuk jadi yang lebih bagus, dan sentiasa menggerakkan diri mengikut jalan Dia. inshaaAllah :)

No comments:
Post a Comment