Tuesday, 10 April 2012

Jodoh



jodoh itu macam mana ya? kebelakangan ni selalu terfikir. apakah yang aku lakukan ini adalah yang sebetul2 nya? tetiba macam skema kan? okay tak best.


hurm.


so lately selalu sangat terpikiaq pasal ni. it is just because tak tahu nak ambil action apa sebenarnya dalam hidup ni. takut bila buat tu macam salah. pastu bila tak buat, macam eh ntah2 dia lah orangnya. masyaAllah. i really need guidance. tapi macam mengarut je kan nak tanya orang. tapi kalau tak tanye nak buat apa. buku aku terima nikahnya pun belum abes baca lagi. tu lah, aritu semangat sangatlah rasa macam nak kawenlah bagai, tapi akhirnya it stops there. kenapa?


and it is like diri ni terlampau letih dengan segala kisah2 cinta yang lama2 dah karat2 ni. yg pasti, sebenarnya diri ini telah penat memikirkan cinta lelaki yang macam mengarut2 tuh. mengarut kan cinta tu? teringin nak jadi orang lain yang tak terfikir pasal benda ni pun dalam hidup dia, yang tak ada sebarang masalah pun regarding this matter and tak ada pun nak pening kepala. 


okay dyorg pening kepala sebab benda lain.


aku pun pening kepala pasal benda lain jugak.


tapi tambah lagi dengan hal ni, macam letih sangat. bukan hendak putus asa atau mengeluh dengan Tuhan, aku syukur aku ada di dunia ni lagi. hidup lagi sampai sekarang. alhamdulillah. tapi. rasa rimas kan kadang2 sebab benda ni sesuatu yang kita tidak pasti nak buat apa. nak bercinta tak reti sangat. nak berdating2 ni haish lagi la mengarut ke apa haaaa ?! tak tawu. serius tak tawu.


i really wanna be with my husband only.


tapi kadang2 dengan lelaki2 yang hadir ini, mmg tak pasti siapa yang akan jadi si suami kan? itulah masalahnya sekarang. dah malas dah nak yakin sangat dengan sesiapa sebab selama ni yakin2 pun tak menjadi pun. haha. lupa pulak, muda lagi lahhhh. haha.


apa nak buat ni? malas lah nak main2kan hati orang lain. kita penat, orang lain pun penat. pastu tak tawu nak treat macam mana. kalau suka bgtawu awal2 kan senang. ni orang dah macam kawan dengan orang lain, pastu tiba2 datang balik. awat lambat sangat ni? tapi, i am really not a second chance giver. cause for me, it all went blur after it happened. get me? tak faham? emh, camana nak cakap. it is like when we are liking something, and tiba2 ada tamparan besar dalam hidup, most of us tend to just forget it and move on.


(mood jiwang)








maaf kerna ku tak bisa. 


aku tidak pasti adakah kamu orangnya. 
namun akan ku terus berdoa agar diberi hidayah dan petunjuk dalam diri ini.
takkan ku menyerah lagi pada cinta dusta.
aku seperti merindukan sesuatu yang tidak ku ketahui. 
adakah perasaan suka kepadamu yang masih tidak ku fahami?
perasaan yang terbelenggu ini  ku telah biarkan ia pergi.
pergi bersama simfoni angin dan redup pepohon hutan hijau.
berlalu bersama masa yang semakin ku tinggalkan.

akan ku lupai perasaan ini.
mungkin kau bukan orangnya. 
dan aku rasa kau memang bukan orangnya.
bukan orang yang ku cari untuk dijadikan suami.
tapi dalam diam mengapa aku rasa kecewa?
hati ini meronta-ronta.
siang hari tercari-cari.
malam seperti bermonolog dalam diri.
sungguh ku tak pasti dengan diri ini.
tidak pasti dengan keputusan ini.
tidak pasti dengan segala-galanya.
hanya mampu berserah pada Ilahi.
hanya mampu melalui jalan yang diberi Tuhan.
kerna Tuhan lagi maha mengetahui.

segala apa yang terjadi dan yang terlintas dalam hidup ini.
hanya secebis perihal mu menjadi ingatan.
dalam subuh yang berkumandang azan. 
ingatan dikau dalam kepalaku kadang2 menjelma.
hanya itu yang mampu ku lakukan.

kerna bagiku kamu sangat mulia.
kamu cintai Nabi seadanya.
kamu sayangi saudaramu kerna Ilahi.
kamu berdakwah tidak henti-henti.
kamu usaha berubah menjadi hamba-Nya sepenuh hati.

dan kita amatlah berbeza.
tidak layak diriku untuk berdamping denganmu.
kerna aku hanya serpihan serpihan begini. 
perempuan biasa yang masih mencari diri sendiri. 
sedangkan kau bermimpi untuk menjadi ulama yang hebat dan disegani.
untuk menolong Islam di mata dunia.
tidak, tidak akan sekali aku pergi padamu.

maaf sungguh aku tidak layak untukmu.
malu ku di hadapanmu.
rasa rendah diri dan hina untuk bersamamu.
kerna ada lagi wanita yang lagi bisa bersamamu.
yang lagi mempesona dah hebat dariku.
yang lagi warak dan lemah lembut.
sedangkan aku baru hendak berubah menjadi wanita.
sungguh aku tidak sesuai sekali.

dan maaf andainya aku berlaku kasar padamu.
kerna takkan ku biarkan kamu tahu.
bahawa diri ini pernah menyayangi.
pernah menyayangi mu setulus hati suatu masa dahulu.
hati kecil ini kuat meronta-meronta dan menangis.
tapi apakan daya ini semua ketentuan Ilahi.
ada rancangannya yang tidak kita tahui.
hanya mampu berserah segala-galanya.
terlalu lama perasaan padamu itu telah pergi.

kerna hati yang disakiti lebih ku pentingkan daripada perasaan ini.
dan andainya sikapku terlalu kasar padamu.
sungguh tidak aku niati berbuat begitu.
diri yang lemah ini pernah inginkan kamu.
namun terlalu banyak benda yang berlaku.
akan ku biarkan ini pergi.
kerna kupasti Tuhan maha melindungi.
maha mengetahui dan maha menyayangi.

maafkan aku kerna berkasar denganmu.
maafkan aku kerna tidak mahu menerima.
maafkan aku kerna bagiku cerita kita sudah tiba penghujungnya.

maafkan aku kerna.
sungguh aku tak bisa.



ikhlas daripada hati kecil yang menangis dan meronta-ronta.







2 comments:

  1. I know this is a thing that you already know , but its always the best way..

    Solat istikharah :)

    ReplyDelete