telah lama kurindu mahu bersua denganmu
telah lama kunanti untuk diisi dengan teliti
telah lama kuidami untuk dipenuhi dengan cinta berisi
telah lama kutunggu untuk dihiasi dengan kasih nan suci
hai ramadhan yang dinanti
kedatanganmu kali ini membawa seribu erti
seribu erti yang walhal dirasakan sepi
sepi datang berapi-api bagi hati nan terluka ini
luka dek panahan kasih daripada Ilahi
yang masih kurang dimengerti
hai ramadhan yang dinanti
kedatanganmu membakar diri
kedatanganmu menyulam kasih tulus suci
kedatanganmu menyuluh pori-pori liang di hati
sekian lama ku impikan kasih-Nya Ilahi
masihkah ada ruang
masihkah ada peluang
masihkah ada walaupun secebis cinta-Nya untuk hamba yang berdosa ini
hai ramadhan yang dinanti
maafkan andai kurang persiapan diri
maafkan andai perasaan sedikit tidak terperi
maafkan andai kosongnya akal dan hati
maafkan andai terlepas membuat resolusi kali ini
maafkan andai ternoda hati yang tidak tetap ini
hai ramadhan yang dinanti
mengimbau kembali ramadhan yang lalu
kuinsafi diri ini yang tidak bermujahadah denganmu
kulewati diri ini yang khilaf mengenang dosa yang dulu
ingin kucerca diri sendiri akan kesilapan yang basi
namun ku tahu semua ini kehendak Ilahi
kan cuba kupatuh kan cuba kuterima kan cuba kufahami
kan cuba kuselami isi tersirat Ilahi
hai ramadhan yang dinanti
datangmu membawa kegembiraan
hadirmu menerpa kerinduan
puitis syahdumu berkilauan dek bahang sinar mentari petang
alunanmu membelai hamba yang sedang beristiqamah
keindahanmu menyulit seribu makna seribu rasa seribu suara
kecantikanmu seindah kecantikan dhuha-Nya
kasihmu menjadi sakti-sakti keajaiban bagi hamba-Nya
hai ramadhan yang dinanti
ingin kujujur dengan mu
betapa pilunya sayunya harunya ramadhan kali ini
lemah dirasakan terkunci segala pintu mulut dan pintu hati
ingin kubuka ingin kutebarkan ingin kuluasi permaidani keindahanmu ke dalam diri
maaf ianya terlampau sukar
namun akan cuba kugagahi
seperti setiap onak dan duri yang kualami selama ini
kerna kutahu ujian yang diberi oleh Sang Ilahi
adalah untuk mentarbiah diri sendiri
hai ramadhan yang dinanti
ingin kuulas daripada kata hati
syahdunya kedatanganmu kali ini
kurasa bahagia walau ku berduka
kurasa indah walau ku kecewa
kurasa syukur walau cuba ku pasrah
kerna kutahu semua ini rahsia-Nya
hai ramadhan yang dinanti
sayangmu menyapa pipi
pelukan kasihmu menyinari hari
sorakanmu menyambar sanubari
agar bersemangat meniti sebulan yang dinanti selama ini
kerna ramadhan suci kali ini
terlalu penuh dengan pengertian
penuh dengan perbezaan
dan penuh dengan pengajaran
hai ramadhan yang dinanti
ingin kujujur sekali lagi
iman di dada tidak selalu tetap tidak selalu tinggi
andai kali ini ku berbuat silap
maaf kerana kurang inisiatif diri
terlalu banyak isi yang bermain di minda melebihi kapasiti fikiran normal
terlalu banyak jenis rasa yang hadir tak diundang melebihi kapasiti hati yang membenarkan
terlalu banyak isu melebihi ketangkasan daya otak untuk menganalisa
mahu ditelan dihabiskan begitu saja namun apakan daya
tiada kudrat yang mampu menahan melainkan kudrat ini sendiri
hai ramadhanku yang syahdu
akan sentiasa dinanti
akan tetap dirindui
akan selalu disayangi
akan disorak dirai
di dalam hati walaupun mulut terkunci
hai ramadhanku yang syahdu
kusayang akan kamu
akan sentiasa kurindu
sentuhanmu belaianmu lailatulqadarmu
kupohon
jadikan ramadhan kali ini bermakna buatku
jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu
sentiasa kupohon sentiasa kuharap sentiasa kutunggu hidayah-Mu ya Allah.
hai ramadhanku yang syahdu
akan sentiasa dinanti
akan tetap dirindui
akan selalu disayangi
akan disorak dirai
di dalam hati walaupun mulut terkunci
hai ramadhanku yang syahdu
kusayang akan kamu
akan sentiasa kurindu
sentuhanmu belaianmu lailatulqadarmu
kupohon
jadikan ramadhan kali ini bermakna buatku
jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu
sentiasa kupohon sentiasa kuharap sentiasa kutunggu hidayah-Mu ya Allah.
*nanges *
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete