Sunday, 28 July 2013

Selepas Sebulan

selepas sebulan. baru rasa tenang. baru rasa boleh nak gembira senyum lebar lebar. baru boleh nak buka tingkap bilik. baru boleh nak biar ada ruang yang tak buka lampu. tapi masih tak boleh nak tutup lampu masa tidur, takda daya takda kudrat.

selepas sebulan. baru boleh update things to do. baru boleh nak trace balik inbox inbox dalam phone yang dah bercelaru. baru boleh nak start berfikir dengan waras. baru boleh nak decide nak buat apa masa intern, lambatkan?

selepas sebulan. kumimpi akan kamu. dalam mimpi ku tercari2 mana kamu. dan kujumpa. kau sedang memetik gitar dan memandang ke arah sana. kau tetap sama, di dalam mimpi dan di luar. sama dengan rupa yang dahulu, sebab sekarang tidak kutahu bagaimana rupamu. tiada suara, tiada bicara. aku terkejut dari tidurku. pukul 2.30 pagi. berdebar hati, berputar kepala. 

selepas sebulan. dapat ku berfikir dengan tenang akan kamu. sebelum ni hati mencucuk cucuk pedih. kasihan dekat diri sendiri akan nasib yang diberi. namun sekarang, kaki ku tenang berdiri. ku renung dalam dalam. ku ingat diam diam. ku kenang kisah kita. tiba tiba kurindu. kusedih. kumenangis. mahu ku lelap tapi otak tidak berhenti terkenang. ku dengar lagu lagu kenangan kita. pilu. sayu. sampailah semua isi rumah bangun untuk bersahur. 

selepas sebulan. Dia jawab penantianku. kusyukuri kerna tiada apa yang serius berlaku ke atasku. ada hikmah kejadian itu. ada pengajaran Dia mahu beri padaku. baru kutahu. tarbiah daripada Allah itu lah yang terbaik. mungkin cara-Mu untuk mentarbiah daku melalui si dia tidak mampu mengubah caraku. jadi Kau datangkan musibah yang inshaaAllah lambat laun akan ku terima sebagai anugerah. 

terima kasih Allah. selepas sebulan, aku masih hidup. 

1 comment:

  1. Manusia mengambil masa untuk menyedari akan hikmah di sebalik musibah. Cuma kebergantungan dan keyakinan kita pada Dia yang hikmah itu pasti ada. =)

    ReplyDelete