mengenang kisah hidup semalam, yang dah macam2 terjadi, terfikir, tertanya, masih adakah esok yang bahagia. masih adakah hidup yang gembira. sebab rasa macam sentiasa dalam duka.
bila lihat hidup orang lain, kenapa mereka begitu ceria? mahu hidup seperti mereka. mahu gembira macam mereka. namun apakan daya. nasib kita tidak sama.
baru perasan. selepas kejadian, gambar2 yg diambil kalau senyum nampak gigi, memang fake. baru perasan. sebab rupanya dah tak boleh nak senyum nampak gigi dah. muka jadi ketat sangat sekarang. tak suka, nanti cepat tua. namun apakan daya.
ada kawan cakap, kalau aku senyum tak nampak gigi, nampak macam sgt tak ikhlas. maaf kawan. kali ni, aku masih belum punya kudrat untuk senyum ceria sampai ke telinga.
kalau baca memang nampak macam over. tapi itulah hakikatnya. tak tahu apa yang boleh buat aku kembali gembira. mungkin hanya dengan ingat dekat Maha Pencipta. boleh jadi gembira sebab aku percaya ada sebab semua yang terjadi pada aku berlaku.
aku mohon, masukkan aku ke dalam syurga. biarlah hidupku tungkang terbalik, kucar kacir dan haru biru macam mana sekalipun, biarlah aku masuk ke syurga-Mu ya Tuhan.
bukan mahu kupinta yang bukan-bukan, cuma ia tetap terlintas di fikiran. andai mungkin masa depan aku tiada bahagia dan penuh duka, biarlah aku pergi sekarang. tiada apa yang tinggal untukku di muka bumi ini. namun kusedar, belum cukup amal, belum cukup selawat, belum cukup bangun malam aku untuk Dia.
kusedar, dalam hidup ini tiada yang abadi. namun kupohon, andai umurku panjang, kau berikanlah sesuatu yang boleh menggembirakan aku, boleh membuat aku bahagia di dalam sisa-sisa hidupku.
biarlah manusia mahu berkata apa, mahu mengomel apa tentang aku. aku sudah penat memuaskan hati manusia. biarlah kali ini aku cuba mengangkat perasaan hatiku sebagai yang utama.
biarlah hati yang tenang ini mengawal perasaan yang bungkam.
No comments:
Post a Comment