bersyukurlah andai tiada yang menjemputmu ke awangan
bersyukurlah andai tiada yang mengajakmu berkasih-kasihan
bersyukurlah andai tiada yang mengajakmu ke alam percintaan
bersyukurlah andai kamu hanya keseorangan
bersyukurlah andai kamu tidak punya teman yang belum halal
bersyukurlah bersyukurlah
kerna itu sebenarnya satu anugerah daripada Sang Pencipta
kerna
sesungguhnya Dia mahu menjagamu
Dia mahu memeliharamu
memelihara peribadimu daripada tercalar
memelihara dirimu daripada difitnah seisi dunia
memeliharamu daripada dikasari manusia
dan yang paling penting
memelihara maruah dan kehormatan dirimu
kerna ketahuilah
andai kamu bernasib seperti aku
hidup yang terasakan indah itu sebenarnya hanyalah sementara
hanyalah mainan perasaan dan jiwa
hanyalah mengikut hati dan salakan hawa nafsu
yang kadang kala dipandu syaitan dan bukannya tepukan iman
yang terus menerus melakukan dosa
tanpa henti
tanpa sedar
tanpa belas terhadap diri sendiri
walhal Allah sendiri sudah memberitahu
tiada hubungan yang halal di sisi-Nya kecuali dengan pernikahan
sudah diterang-terangkan dalam kalam al-Quran
jauhi zina
jauhi zina
jauhi zina
ya Allah,
hidupku ini tidak berlalu seperti acuan yang umi dan abah mahu
hidupku ini tidak mengikut perancangan setiap tahunku
hidupku ini hanya mengikut badai ombak yang kuat memukul
memukul dengan kasar sampai aku terkena musibah-Mu
musibah ini
kutahu ia sebenarnya anugerah
kutahu ia sebenarnya petunjuk hidayah
kutahu ia sebenarnya tanda sayang Kamu pada aku
Kau tak mahu aku hanyut selamanya dalam dunia kecilku
ya Tuhan,
agak terlewat aku ingin kembali pada-Mu
sudah tiada semangat aku untuk lalui kehidupan
terlalu banyak dosaku pada-Mu
malu sungguh andai mati
malu sungguh andai tidak dapat melepasi titian sirat-Mu
malu sungguh andai Kau tidak mahu bertemu denganku
malu sungguh andai ku tercampak ke dalam neraka-Mu
aku yang terhasil daripada kehidupan ini
sentiasa diacu ketakutan pada masa hadapan
sentiasa diacu ketidakfahaman
sentiasa diacu kebencian terhadap diri sendiri
terasa kerdil dan hina
rasa macam hendak kucuci hati dengan air zamzam-Mu
hendak kugosok kubilas dengan kuat
hati ini terlampau kotor
kupohon Kau sucikanlah hatiku
mana mungkin manusia sekotor aku ingin menjadi bersih seperti fatimah syarha
mana mungkin manusia yang penuh fitnah sepertiku boleh menjadi suci seperti dia
mana mungkin kisah hidupku ini disamakan dengan kisah hidupnya
jadi
duhai yang tercinta
bersyukurlah
kamu hanya menanti seorang yang halal buat kamu
seorang yang kamu boleh cintai sepenuh hati tanpa rasa ragu-ragu
seorang yang kamu boleh kasihi tanpa berasa waswas
seorang yang kamu boleh sayangi tanpa rasa bersalah menebal dalam diri
seorang yang kamu boleh serahkan seluruh jiwa ragamu hanya untuknya selayaknya sehalalnya
aku akui
manusia yang kucinta
kucinta dengan rasa bersalah menebal dalam diri
kusayang dengan rasa ragu-ragu meninggi dalam hati
kukasih dengan rasa tidak puas hati
ku mahu miliki tanpa ada batasan malu dan iman
namun
jawapan kukuh diberi Tuhan
jawapan kukuh diberi Tuhan
perpisahan menyelamatkan diri
Dia pisahkan kami setelah hati bertaut menjadi satu
tetap kusyukuri
walau ada secalit pedih
walau ada secalit sedih
bengkak yang kian surut
hasil tinggalan luka yang dalam
menerobos jauh ke dalam sanubari
menghadiahi air mata yang tak pernah berhenti mengalir
menghadiahi sujud yang tak pernah basah
hanya mampu kukirimkan doa cinta dan kasih
buat dia yang tegar hatinya
oleh itu
duhai yang tercinta
bersyukurlah
bergembiralah
kamu tidak lalui kisah seperti aku
kamu tidak merana jiwa raga seperti aku
hasil cinta yang penuh noda dan dosa
raikanlah
hidupmu inshaa Allah yang terbaik buatmu
hidupmu tidak akan pernah sepi selagi ada Dia
kerna ketahuilah
Dia dan Cinta-Nya sentiasa di sisi.
fuza :)
ReplyDeleteyerrrrr :)
ReplyDelete