Nukilan daripada hati keliru yang ingin berbicara.
Bezanya perhubungan atau lebih tepatnya lagi percintaan
antara teman sebaya umur dan teman yg lebih tua.
Bila kau lagi muda, sesungguhnya otak kau akan jadi sangat
kurang matang drpd dia. And dia terpaksa bersabar dgn kerenah kau yang macam
budak2, yang tak serius, yang kuat gelak, and yang tak boleh nak capai akal
pemikiran setahap dia.
Dan kau pula, sesungguhnya pasti akan selalu dimarahi kerna
kurang keseriusan itu. Siapa yang boleh bersabar kalau orang yang kau sayang
lepas ditegur beribu kali tetap buat benda yang sama. Sebab apa eh jadi macam
tu? Sebab tak serius ke? Atau sebab tak cukup menyayangi? Mungkin si dia yang
lagi tua itu menyayangi kau sepenuh hati tapi kau hanya sayang dia separuh
hati. Sebab apa? Sebab si dia dah tua and mahu menjadikan kau isteri dan teman
hidupnya, manakala kau pula masih tengah dalam zon permainan dan dunia ini
sebagai cabaran yang harus diteroka.
Tapi, sebagai seorang yang masih kurang matang, aku sangat
tak tahu macam mana nak jadi matang dengan cepat. Tapi, bukankan cukup kau
sudah sayangi dia? Dan sesungguhnya, menjadi serius ialah sesuatu yang
membosankan pada umur 21 tahun ini. Takkanlah muda2 lagi aku nak jadi serius
macam orang tua? Nanti mesti muka cepat kedut2 kan? Nanti aku dengan dia nampak
sebaya pulak, haha. Okay tak kelakar. Kena serius. Erkk.
Camana eh nak deal dengan benda ni? Aku obviously tak tahan
sangat kalau kena marah. Asyik2 kena marah sebab buat silap. Kenapa aku asyik
repeat kesilapan aku? Sebab aku tak ingat. Otak dan fikiran aku tak sampai tahap
fikiran dia. Kadang2 rasa macam nak suruh dia tinggalkan aku je sebab tak boleh
nak handle benda ni. Kesianlah kan dekat dia asyik kena bersabar je dengan aku.
Nak2 pulak dia ni sebenarnya someone yang panas baran. Kalau dulu aku memang
dah pernah reject dia sekali sebab dia pernah marah aku yang aku tak boleh nak
terima langsung. Tapi sekarang dia dah berubah sikit2. Dia cuba control api
kemarahan dia tu. And kalau dia marah kat aku, dia akan bagitawu *saya tengah
marah kat awak ni*. And aku pun akan minta maaf and kitorang pun akan okay and
then benda ni jadi balik berulang ulang kali.
Kadang2 bila happy tu rasa bersyukur sangat. Tapi bila dia
sakit hati dengan aku, aku memang tak tahu nak buat apa. Minta maaf, aku ni
memang tak reti nak pujuk orang. Dah la tak reti, lepas tu kalau dah try pujuk,
mesti selalunya jadi worse lagi and i don’t know why. Perlu ke ada skill
memujuk tu? Hurm. Tapi, if aku yang sakit hati dengan dia, aku cepat je recover
sendiri. Sebab dah sayang kan, takkanlah nak marah lama2. Tapi aku jadi marah
lama2 a.k.a merajuk bila dia marah aku and aku tak dapat nak terima, walaupun
atas kesalahan aku sendiri or atas sebab gaya memujuk aku yang gagal itu.
Mungkin dan sejak azali aku ni memang tak boleh kena marah. Kalau kena marah, samada
aku akan menangis atau aku akan memberontak. Begitulah diriku.
Aku dengan dia ada banyak barrier yang harus dipecahkan. And
kita bercakap tentang fikrah atau[un pemikiran. 1st, pasal benda ni
lah, yang dia lagi tua 4 tahun daripada aku. Sesungguhnya, dengan bertambahnya
umur, bertambahlah pengalaman hidup. Dan dia seorang yang ada prinsip yang
tiada sesiapa pun yang boleh ubah, even his parents i think. 2nd,
dia seorang pelajar maahad tahfiz yang semestinya ilmu agamanya lagi tinggi
daripada aku dan sangat berpegah teguh dengan agama, no kompromi kalau bab2
agama ni. Walhal. aku ini memang sesungguhnya perempuan biasa yang tiada apa2 ilmu pun di dada.
3rd, dia berasal drpd kampung. Bukan aku nak
cakap aku ni orang bandar sangat, tapi aku hidup berpindah randah and walaupun
skrg aku duduk dekat kampung, i’m not so into the social community in here.
Sebab apa? Panjang ceritanya. Jadi, konklusinya aku ni ada pemikiran orang
bandar yg uptown girl tu dan dia ada pemikiran yg kurang bandarnya drpd aku. Eh aku tak kutuk orang yg duduk dekat kampung taw.
Memang sebenarnya aku nak cari lelaki kampung kalau nak kahwin, sebab mungkin lagi sweet and lagi macam lelaki? , hehe. 4th, dia
seorang anak jati kelantan. Haa ada apa dengan kelantan? Ada macam2 lah. Lelaki
kelantan ni memang terkenal di seantero malaysia dengan perangainya yang
tersendiri. And aku pun tak pasti perangai apa and tak tahu macam mana nak
describe. Tapi, memang tak semua anak laki kelantan berperangai begitu.
Sebahagian besar je kot. And my parents obviously tak suka dengan these
kelantanese men, because they have had enough experiences in their pasts kot.
Nampak tak barrier nya?
Kalau korang jadi aku, rasa macam susah tak? Ke nampak macam
senang je, boleh tackle problem ni. Aku sejujurnya seikhlas hati mengatakan
tidak mudah. Sangat tidak mudah. Dan untuk sampai ke tahap ini, aku rasa sangat
banyak pengorbanan yang aku lakukan. Mungkin dengan kekuatan kata hati yang aku
dapati selepas istikharah, aku tetap gagahi juga dugaan hidup yang mendatang
antara kami. Mungkin dia juga serupa. Berusaha untuk mengekalkan jalinan yang
telah terbina ini. Kerana sebenarnya kisah kami sebelum ini sangat panjang dan
sangat penuh liku2. Si dia pernah mengatakan yang dia hanya mampu berdoa dan
mengharapkan miracle yang terjadi antara kami, kerna pada masa itu telah
terjadi satu keadaan yang memang tak dapat nak diselamatkan. It was like, we
were screwed!
Namun, akan aku gagahi juga perjalanan ini selagi masih upaya dan selagi Allah berikan jalan. Kerna sesungguhnya kali ini amat berbeza. Berbeza daripada yang dahulu2. Komitmen dan sentiasa kena bertolak ansur jika hendak mendirikan masjid Allah. InsyaAllah dipermudahkan Allah.