Saturday, 27 October 2012

Beza



Nukilan daripada hati keliru yang ingin berbicara.




Bezanya perhubungan atau lebih tepatnya lagi percintaan antara teman sebaya umur dan teman yg lebih tua.
Bila kau lagi muda, sesungguhnya otak kau akan jadi sangat kurang matang drpd dia. And dia terpaksa bersabar dgn kerenah kau yang macam budak2, yang tak serius, yang kuat gelak, and yang tak boleh nak capai akal pemikiran setahap dia.

Dan kau pula, sesungguhnya pasti akan selalu dimarahi kerna kurang keseriusan itu. Siapa yang boleh bersabar kalau orang yang kau sayang lepas ditegur beribu kali tetap buat benda yang sama. Sebab apa eh jadi macam tu? Sebab tak serius ke? Atau sebab tak cukup menyayangi? Mungkin si dia yang lagi tua itu menyayangi kau sepenuh hati tapi kau hanya sayang dia separuh hati. Sebab apa? Sebab si dia dah tua and mahu menjadikan kau isteri dan teman hidupnya, manakala kau pula masih tengah dalam zon permainan dan dunia ini sebagai cabaran yang harus diteroka.




Tapi, sebagai seorang yang masih kurang matang, aku sangat tak tahu macam mana nak jadi matang dengan cepat. Tapi, bukankan cukup kau sudah sayangi dia? Dan sesungguhnya, menjadi serius ialah sesuatu yang membosankan pada umur 21 tahun ini. Takkanlah muda2 lagi aku nak jadi serius macam orang tua? Nanti mesti muka cepat kedut2 kan? Nanti aku dengan dia nampak sebaya pulak, haha. Okay tak kelakar. Kena serius. Erkk.

Camana eh nak deal dengan benda ni? Aku obviously tak tahan sangat kalau kena marah. Asyik2 kena marah sebab buat silap. Kenapa aku asyik repeat kesilapan aku? Sebab aku tak ingat. Otak dan fikiran aku tak sampai tahap fikiran dia. Kadang2 rasa macam nak suruh dia tinggalkan aku je sebab tak boleh nak handle benda ni. Kesianlah kan dekat dia asyik kena bersabar je dengan aku. Nak2 pulak dia ni sebenarnya someone yang panas baran. Kalau dulu aku memang dah pernah reject dia sekali sebab dia pernah marah aku yang aku tak boleh nak terima langsung. Tapi sekarang dia dah berubah sikit2. Dia cuba control api kemarahan dia tu. And kalau dia marah kat aku, dia akan bagitawu *saya tengah marah kat awak ni*. And aku pun akan minta maaf and kitorang pun akan okay and then benda ni jadi balik berulang ulang kali.

Kadang2 bila happy tu rasa bersyukur sangat. Tapi bila dia sakit hati dengan aku, aku memang tak tahu nak buat apa. Minta maaf, aku ni memang tak reti nak pujuk orang. Dah la tak reti, lepas tu kalau dah try pujuk, mesti selalunya jadi worse lagi and i don’t know why. Perlu ke ada skill memujuk tu? Hurm. Tapi, if aku yang sakit hati dengan dia, aku cepat je recover sendiri. Sebab dah sayang kan, takkanlah nak marah lama2. Tapi aku jadi marah lama2 a.k.a merajuk bila dia marah aku and aku tak dapat nak terima, walaupun atas kesalahan aku sendiri or atas sebab gaya memujuk aku yang gagal itu. Mungkin dan sejak azali aku ni memang tak boleh kena marah. Kalau kena marah, samada aku akan menangis atau aku akan memberontak. Begitulah diriku.




Aku dengan dia ada banyak barrier yang harus dipecahkan. And kita bercakap tentang fikrah atau[un pemikiran. 1st, pasal benda ni lah, yang dia lagi tua 4 tahun daripada aku. Sesungguhnya, dengan bertambahnya umur, bertambahlah pengalaman hidup. Dan dia seorang yang ada prinsip yang tiada sesiapa pun yang boleh ubah, even his parents i think. 2nd, dia seorang pelajar maahad tahfiz yang semestinya ilmu agamanya lagi tinggi daripada aku dan sangat berpegah teguh dengan agama, no kompromi kalau bab2 agama ni. Walhal. aku ini memang sesungguhnya perempuan biasa yang tiada apa2 ilmu pun di dada. 

3rd, dia berasal drpd kampung. Bukan aku nak cakap aku ni orang bandar sangat, tapi aku hidup berpindah randah and walaupun skrg aku duduk dekat kampung, i’m not so into the social community in here. Sebab apa? Panjang ceritanya. Jadi, konklusinya aku ni ada pemikiran orang bandar yg uptown girl tu dan dia ada pemikiran yg kurang bandarnya drpd aku. Eh aku tak kutuk orang yg duduk dekat kampung taw. Memang sebenarnya aku nak cari lelaki kampung kalau nak kahwin, sebab mungkin lagi sweet and lagi macam lelaki? , hehe. 4th, dia seorang anak jati kelantan. Haa ada apa dengan kelantan? Ada macam2 lah. Lelaki kelantan ni memang terkenal di seantero malaysia dengan perangainya yang tersendiri. And aku pun tak pasti perangai apa and tak tahu macam mana nak describe. Tapi, memang tak semua anak laki kelantan berperangai begitu. Sebahagian besar je kot. And my parents obviously tak suka dengan these kelantanese men, because they have had enough experiences in their pasts kot.
Nampak tak barrier nya?

Kalau korang jadi aku, rasa macam susah tak? Ke nampak macam senang je, boleh tackle problem ni. Aku sejujurnya seikhlas hati mengatakan tidak mudah. Sangat tidak mudah. Dan untuk sampai ke tahap ini, aku rasa sangat banyak pengorbanan yang aku lakukan. Mungkin dengan kekuatan kata hati yang aku dapati selepas istikharah, aku tetap gagahi juga dugaan hidup yang mendatang antara kami. Mungkin dia juga serupa. Berusaha untuk mengekalkan jalinan yang telah terbina ini. Kerana sebenarnya kisah kami sebelum ini sangat panjang dan sangat penuh liku2. Si dia pernah mengatakan yang dia hanya mampu berdoa dan mengharapkan miracle yang terjadi antara kami, kerna pada masa itu telah terjadi satu keadaan yang memang tak dapat nak diselamatkan. It was like, we were screwed!

Namun, akan aku gagahi juga perjalanan ini selagi masih upaya dan selagi Allah berikan jalan. Kerna sesungguhnya kali ini amat berbeza. Berbeza daripada yang dahulu2. Komitmen dan sentiasa kena bertolak ansur jika hendak mendirikan masjid Allah. InsyaAllah dipermudahkan Allah.






No comments:

Post a Comment