Sunday, 28 April 2013

Bual Cinta #1


Ibu-ibu sekarang memang akan memberi nasihat dekat anak-anak perempuan mereka agar membuat pilihan yang berbeza 180 darjah dengan apa yang mereka buat dahulu.

Contohnya, ibu seorang sahabat, memberitahu dekat sahabat ni untuk berkahwin dengan pilihan hati sendiri walhal ibunya berkahwin dengan ayahnya atas saranan nenek sahabat ini.

Dan ibu ku sendiri mengatakan agar memilih lelaki yang biasa-biasa latar belakangnya walhal ayah ku seorang ustaz.

Mengapa jadi begitu?

Ibu-ibu telah melalui suatu zaman dan pengalaman yang hanya boleh dirasai oleh mereka sendiri, dan andainya banyak yang pahit dalam pengalaman itu, ibu akan memberi saranan agar anak-anak membuat keputusan yang berbeza dengan ibu. Tapi, anak-anak harus tahu, dalam hati ibu, ada suara kecil yang bersuara “pilihlah seseorang yang seperti ayah kamu” kerana ibu sudah tahu bagaimana suaminya mampu menjaga dan mengetuai rumah tangga sehingga anak-anak membesar menjadi manusia.

Namun diingatkan, setiap orang tidak sempurna.

Dan jangan dilupa, setiap orang aturan hidupnya telah disusun oleh-Nya.

Kita boleh merancang hidup kita, namun percayalah tak semua rancangan kita akan menjadi seadanya kerana ada aturan takdir yang lebih baik untuk kita. Mungkin sesetengah orang akan menganggap kebanyakan perkara yang terjadi adalah kebetulan, namun diingatkan kembali, kebetulan apakah yang terjadi di atas bumi ini andai Allah telah susun hidup kita sejak azali lagi? Kebetulan apa yang terjadi dekat kita andai semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz sebelum kelahiran kita lagi?

Tiada kebetulan yang terjadi, dan hargailah sesuatu pertemuan dan perpisahan.

Kita sibuk merancang. Untuk apa kita merancang? Untuk punyai hidup yang lebih sempurna daripada sekarang. Itu norma hidup. Tapi jangan terkejut andai perancangan kita tidak menjadi dan tidak berbuah kejayaan. Diingatkan kembali, takdir Allah lah yang layak menentukan sesuatu kejayaan sesebuah perancangan. Dan antara proses dalam perancangan boleh dibuat melalui proses pemilihan.

Aku akui aku memilih pasangan atas beberapa faktor. Aku telah memilih seseorang atas sebab agamanya, dan aku juga menyayanginya seadanya. Namun, apa2 pun pilihan kita, andainya telah menjadi ketetapan Allah, pilihan hati ini harus dilepaskan jika tiada kesenangan di dalam perjalanan ini.

Sebab, setiap orang berbeza.

Dia dan aku berbeza.

Tidak ku marahi andai aku tidak dipilih kerana perbezaan prinsip dan pemikiran yang dipegang oleh dia. Manusia berbeza dan aku harus terima prinsip yang kamu pegang; dan aku harus redha melepaskan jika kamu lihat tiada persamaan prinsip kamu dengan aku.

Walaupun sendiri tidak ku pasti di manakah perbezaan prinsip kita,namun jangan risau kerna aku tahu kamu amat mementingkan prinsip kamu dan kamu sanggup mengenepikan aku demi itu.

Ku lihat kamu seorang yang amat kuat pegangan hidupmu.

Mungkin kerna prinsip hidupku amat mudah dan tidak seberat yang kamu fikirkan. Dan aku lebih mementingkan soal hati dan perasaan. Sebab aku daripada elemen air. Betul sungguh kajian yang dibuat, aku sangat pentingkan rasa hati dan emosi terdalam ku. Andai aku suka, aku suka. Andai aku sayang, aku sayang. Andai aku mahu, aku mahu. Tiada yang dapat menghalang andai rasa hati ini sudah betul untuk kamu.

Berkata tentang diri sendiri, sejujurnya aku masih lagi belajar batas2 dalam agama dan kehidupan. Walaupun ayah aku seorang ilmuwan agama, aku akui iman itu tidak diwarisi. Diriku pernah hanyut dalam dunia dan aku sedar betapa hinanya diri aku yang berbaki sekarang.

Dan apa yang aku harapkan dalam dunia ini ialah akan hadir seseorang yang mampu membimbing diriku. Dan sebenarnya telah  ada satu syarat tambahan untuknya.

Dia yang kupilih harus terima diri ini seadanya. 

Wahai manusia, telah Allah sebutkan, dijadikan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri. Andai dapat apa yang kamu mahu, bersyukurlah. Andai tidak dapat apa yang kamu hendakkan, bersabarlah. Kerna Allah tahu siapa dan apa yang betul-betul terbaik untukmu.

Dan andainya ajalmu sudah tiba, bersyukurlah kerna Allah sedang simpankan cinta mu hanya untuk-Nya di dunia yang sementara ini.

Akan termeterai janji-janji kamu pada manusia yang lain andai kamu kembali menghadapnya. Dan ibu-ibu kamu nungkin akan kecewa kerna kamu meninggal dunia semasa masih dara. 

Tapi percayalah, semua yang wujud dalam hidup ini Dia yang punya. 

Beritahu pada ibu, 

                        "Jodoh itu akan sampai jua pada waktu yang sesuai dengan orang yang sesuai pada masa dan tempat yang sesuai." 

Tidak kiralah lambat atau cepat, bersyukurlah atas segala sesuatu. 


Thursday, 25 April 2013

Just Give Me A Reason

                                                 Just Give Me A Reason
                                                 (Pink feat. Nate Ruess)



Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again



# and i know how our hearts are slowly forgetting each other, and it feels good when it is getting better. but, how me myself feel that i will be missing this love and this special feeling on you, as it is in my heart ever since i was in my first year. 

# but, i know even how much i tried, i will never able to make you happy. i will never able making you satisfy and cheerful. i am not the exact person who can make you feel bliss. 






i am just so unable.




Sunday, 7 April 2013

Permintaan Hati

ini sahaja yang ku pinta kali ini.

luputkan segala cinta dan kenangan yang ada antara aku dan dia.


hadirkan cinta-Mu melebihi cintanya dan segala isi dunia.


jagai hatiku drpd cinta manusia yang sementara.


kentalkan hatiku drpd menerima cinta murahan.


kerna aku hanya insan biasa.


punya impian yang tinggi tapi seringkali alpa.


Kau kuatkan hati ini menepis segala peluang cinta yang hadir.


agar hamba-Mu ini kekal menghadap mu ya Rabb.


agar hambu-Mu ini kembali jatuh cinta pada-Mu sepenuh hati sepenuh kasih.


Kau ingatkan pada diri ini akan murahnya cinta lelaki.


cinta lelaki yang hanya duniawi, dah hanya mahu kekal terisi.


kadang-kala bukan sebab ikhlas di hati.


dan kadang-kala hanya memandang rupa dan seri.


apalah sangat cinta lelaki, jika dibandingkan cinta Ilahi yang hakiki.


ingatkan aku perkara ini ya rabbi.


biarkan aku bersihkan jiwa dengan kalimah2-Mu, dan bukan dengan kata2 manis lelaki.


biarkan aku cuci hati ini dengan kasih sayang-Mu yang tak terperi, dan bukan dengan murahnya kasih lelaki.


biarkan aku jatuh dan bangun mengjar cinta-Mu, dan bukan cinta lelaki.


aku pohon ya Allah.


Kau hadirkan kasih-Mu dalam diri ku.


Kau tepiskan segala jenis lelaki yang mengadu2 dan merayu.


Kau halangi mereka drpd menyentuh hati ku.


Ku pohon.


:)










Saturday, 6 April 2013

Seronok #IIUMKuantanBerselawat

aku tahu dalam kebusyan hidup ni, kadang2 mmg selalu alpa dan lalai. terlampau asyik dengan hal dunia, sampai hal akhirat kita lupakan.

sungguh, benar, sudah lama aku tak pergi ceramah agama. kenapa? sebab selalu bagi alasan busy, banyak hal nak buat, meeting, program, jauhnyaa dekat kos, esok nak kuiz and macam2 lagi.

teruk kan?

alasan itu berlanjutan hinggalah aku rasa aku hilang.

regarding big event IIUM Kuantan Berselawat, aku amat2 mahu join program ni. walaupun exam yang banyak sangat next week (see, sempat lagi nak tulis blog, haishh), aku rasa agak terkilan. masa closing mmg confirm dah tak boleh pergi, ada field trip ke rompin yang wajib bagi semua biotech.

semalam sepatutnya ada bbq dengan wakil2 PRESSS from CFSIIUM. namun, oleh kerana aku tak sempat bayar lagi, jadi aku pun tak mahu pergi. bukan saja2 tak mahu pergi ya kwn2, tapi sebab dah lambat sgt sebab sepatutnya aku balik weekend ni.

and malam tadi kena belajar software surfer untuk buat report oceanography. dok kalut sangat, tapi lepas isya' aku terus siap2 pakai proper2. nak pergi masjid dgr ceramah. tiba2, una cakap dah tukar dekat main audi kos. oh my goddd, takkan nak jalan malam2 mcm ni, so scaryy. 

aku tak tahu kenapa, tapi aku tenang je semalam. aku cakap dekat ajee, 

"kalau Allah nak fuza pergi iium berselawat ni, Allah akan jadikan jugak/ Allah akan mudahkan. kita tunggu je", with smile on my face.

turun tangga, aku call yasmin. nasib baik dia dgn dyana dekat parking lot je. aku mintk dyorg tunggu 10 minit   sebab nak blaja surfer tu dengan kak karimah. 

naik kereta. terharu. terharu sangat.

sebab sebenarnya drpd dulu aku impikan nak join walau sekali seumur hidup. nak jadi apart of it. tapi dulu aku tak pergi sebab aku pilih utk ke game friendly basketball kawan aku. balik2 terus sakit tekak sebab pulun sokong and terasa amat jeles sekali dgr cerita kwn2 yg pergi talk berselawat tu.

alhamdulillah, berjaya juga sampai main audi. and aku tak tawu kenapa aku sgt beremosi malam tadi. byk benda yg aku baru tawu pasal nabi malam tadi. yelah, aku ni bukan geng2 kelas talaqqi. pernah la pergi skali kat cfs, tapi semua macam alim2 baik2 je, rasa segannnn gile so terus tak pergi dah utk kali kedua. 

jadi, apa yg aku nak cakap dekat sini, is i am very terharu sebab Allah makbulkan. aku ni pun tengah lagha skrg, jd sgt2 perlukan santapan2 rohani seperti itu.

terima kasih ya Allah for making it to happen. i justtt loveeeeee youuuuuuuu <3 :)







Berguna Ke Tak?

anak yang berguna.

mahfuzah binti yusof mahu jadi anak yang berguna.

mahfuzah binti yusof mahu jadi anak yang berguna !

mahfuzah binti yusof mahu jadi anak yang berguna ~

mahfuzah binti yusof mahu jadi anak yang berguna !!

mahfuzah binti yusof mahu jadi anak yang berguna !!!

sekian.

Coretan Untuk Kamu

Kamu.

Buatkan aku jatuh cinta.

Buatkan aku rindu.

Telah lama ku rasakan aku jauh daripada-Mu.

Buatkan aku jatuh cinta kembali pada-Mu.

Buatkan aku hilang dalam kasih sayang-Mu.

Buatkan aku asyik dalam mengejar cinta-Mu.

Buatkan aku jatuh hati selama-lamanya pada-Mu.

Buatkan aku terpesona dengan kalimah-Mu.

Buatkan aku selalu mengingati-Mu.

Buatkan aku tak sabar2 dalam menjalankan suruhan wajib-Mu.

Buatkan aku rajin dalam mengerjakan amalan sunat-Mu.

Buatkan aku teruja mempelajari ibadah-ibadah pada-Mu.

Sesungguhnya, 

Aku telah jauh.

Aku telah dibelenggu dengan dosa yang menggunung.

Dosa yang membuatkan hati ini hitam dan kelat.

Kelat dan kotor.

Kotor dan hina.

Dirasakan mahu menyental hati ini sebersih2nya menggunakan air zamzam.

Kau tahu aku hamba-Mu yang hina.

Ku harap kau tarik aku kembali pada-Mu.

Keluar dari kancah2 dosa.

Ameeeeeennn ya Rabb Al-Ameeennn.





Saturday, 30 March 2013

Keep calm.

What you should really do now?

Be calm. Be calm. Be calm. Be calm. Be calm.


Keep calm. Keep calm. Keep calm. Keep calm. Keep calm.


He is with you. He never left you. He understands your heart and feeling.


Keep calm and so, be calm.


Calm. 


Calm dear.


Calm.


Calm  =)




Keep calm & eat 20 cents ice-cream.


Keep calm & stare at the fountain.


Keep calm & play balloons.


Keep calm & listen to baby lullaby.


Keep calm & read till you drop.


Keep calm & play with roses. Ouch, so beautiful.


Keep calm and just love life <3