Sunday, 28 April 2013

Bual Cinta #1


Ibu-ibu sekarang memang akan memberi nasihat dekat anak-anak perempuan mereka agar membuat pilihan yang berbeza 180 darjah dengan apa yang mereka buat dahulu.

Contohnya, ibu seorang sahabat, memberitahu dekat sahabat ni untuk berkahwin dengan pilihan hati sendiri walhal ibunya berkahwin dengan ayahnya atas saranan nenek sahabat ini.

Dan ibu ku sendiri mengatakan agar memilih lelaki yang biasa-biasa latar belakangnya walhal ayah ku seorang ustaz.

Mengapa jadi begitu?

Ibu-ibu telah melalui suatu zaman dan pengalaman yang hanya boleh dirasai oleh mereka sendiri, dan andainya banyak yang pahit dalam pengalaman itu, ibu akan memberi saranan agar anak-anak membuat keputusan yang berbeza dengan ibu. Tapi, anak-anak harus tahu, dalam hati ibu, ada suara kecil yang bersuara “pilihlah seseorang yang seperti ayah kamu” kerana ibu sudah tahu bagaimana suaminya mampu menjaga dan mengetuai rumah tangga sehingga anak-anak membesar menjadi manusia.

Namun diingatkan, setiap orang tidak sempurna.

Dan jangan dilupa, setiap orang aturan hidupnya telah disusun oleh-Nya.

Kita boleh merancang hidup kita, namun percayalah tak semua rancangan kita akan menjadi seadanya kerana ada aturan takdir yang lebih baik untuk kita. Mungkin sesetengah orang akan menganggap kebanyakan perkara yang terjadi adalah kebetulan, namun diingatkan kembali, kebetulan apakah yang terjadi di atas bumi ini andai Allah telah susun hidup kita sejak azali lagi? Kebetulan apa yang terjadi dekat kita andai semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz sebelum kelahiran kita lagi?

Tiada kebetulan yang terjadi, dan hargailah sesuatu pertemuan dan perpisahan.

Kita sibuk merancang. Untuk apa kita merancang? Untuk punyai hidup yang lebih sempurna daripada sekarang. Itu norma hidup. Tapi jangan terkejut andai perancangan kita tidak menjadi dan tidak berbuah kejayaan. Diingatkan kembali, takdir Allah lah yang layak menentukan sesuatu kejayaan sesebuah perancangan. Dan antara proses dalam perancangan boleh dibuat melalui proses pemilihan.

Aku akui aku memilih pasangan atas beberapa faktor. Aku telah memilih seseorang atas sebab agamanya, dan aku juga menyayanginya seadanya. Namun, apa2 pun pilihan kita, andainya telah menjadi ketetapan Allah, pilihan hati ini harus dilepaskan jika tiada kesenangan di dalam perjalanan ini.

Sebab, setiap orang berbeza.

Dia dan aku berbeza.

Tidak ku marahi andai aku tidak dipilih kerana perbezaan prinsip dan pemikiran yang dipegang oleh dia. Manusia berbeza dan aku harus terima prinsip yang kamu pegang; dan aku harus redha melepaskan jika kamu lihat tiada persamaan prinsip kamu dengan aku.

Walaupun sendiri tidak ku pasti di manakah perbezaan prinsip kita,namun jangan risau kerna aku tahu kamu amat mementingkan prinsip kamu dan kamu sanggup mengenepikan aku demi itu.

Ku lihat kamu seorang yang amat kuat pegangan hidupmu.

Mungkin kerna prinsip hidupku amat mudah dan tidak seberat yang kamu fikirkan. Dan aku lebih mementingkan soal hati dan perasaan. Sebab aku daripada elemen air. Betul sungguh kajian yang dibuat, aku sangat pentingkan rasa hati dan emosi terdalam ku. Andai aku suka, aku suka. Andai aku sayang, aku sayang. Andai aku mahu, aku mahu. Tiada yang dapat menghalang andai rasa hati ini sudah betul untuk kamu.

Berkata tentang diri sendiri, sejujurnya aku masih lagi belajar batas2 dalam agama dan kehidupan. Walaupun ayah aku seorang ilmuwan agama, aku akui iman itu tidak diwarisi. Diriku pernah hanyut dalam dunia dan aku sedar betapa hinanya diri aku yang berbaki sekarang.

Dan apa yang aku harapkan dalam dunia ini ialah akan hadir seseorang yang mampu membimbing diriku. Dan sebenarnya telah  ada satu syarat tambahan untuknya.

Dia yang kupilih harus terima diri ini seadanya. 

Wahai manusia, telah Allah sebutkan, dijadikan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri. Andai dapat apa yang kamu mahu, bersyukurlah. Andai tidak dapat apa yang kamu hendakkan, bersabarlah. Kerna Allah tahu siapa dan apa yang betul-betul terbaik untukmu.

Dan andainya ajalmu sudah tiba, bersyukurlah kerna Allah sedang simpankan cinta mu hanya untuk-Nya di dunia yang sementara ini.

Akan termeterai janji-janji kamu pada manusia yang lain andai kamu kembali menghadapnya. Dan ibu-ibu kamu nungkin akan kecewa kerna kamu meninggal dunia semasa masih dara. 

Tapi percayalah, semua yang wujud dalam hidup ini Dia yang punya. 

Beritahu pada ibu, 

                        "Jodoh itu akan sampai jua pada waktu yang sesuai dengan orang yang sesuai pada masa dan tempat yang sesuai." 

Tidak kiralah lambat atau cepat, bersyukurlah atas segala sesuatu. 


No comments:

Post a Comment