ini sahaja yang ku pinta kali ini.
luputkan segala cinta dan kenangan yang ada antara aku dan dia.
hadirkan cinta-Mu melebihi cintanya dan segala isi dunia.
jagai hatiku drpd cinta manusia yang sementara.
kentalkan hatiku drpd menerima cinta murahan.
kerna aku hanya insan biasa.
punya impian yang tinggi tapi seringkali alpa.
Kau kuatkan hati ini menepis segala peluang cinta yang hadir.
agar hamba-Mu ini kekal menghadap mu ya Rabb.
agar hambu-Mu ini kembali jatuh cinta pada-Mu sepenuh hati sepenuh kasih.
Kau ingatkan pada diri ini akan murahnya cinta lelaki.
cinta lelaki yang hanya duniawi, dah hanya mahu kekal terisi.
kadang-kala bukan sebab ikhlas di hati.
dan kadang-kala hanya memandang rupa dan seri.
apalah sangat cinta lelaki, jika dibandingkan cinta Ilahi yang hakiki.
ingatkan aku perkara ini ya rabbi.
biarkan aku bersihkan jiwa dengan kalimah2-Mu, dan bukan dengan kata2 manis lelaki.
biarkan aku cuci hati ini dengan kasih sayang-Mu yang tak terperi, dan bukan dengan murahnya kasih lelaki.
biarkan aku jatuh dan bangun mengjar cinta-Mu, dan bukan cinta lelaki.
aku pohon ya Allah.
Kau hadirkan kasih-Mu dalam diri ku.
Kau tepiskan segala jenis lelaki yang mengadu2 dan merayu.
Kau halangi mereka drpd menyentuh hati ku.
Ku pohon.
:)
No comments:
Post a Comment