Saturday, 6 April 2013

Coretan Untuk Kamu

Kamu.

Buatkan aku jatuh cinta.

Buatkan aku rindu.

Telah lama ku rasakan aku jauh daripada-Mu.

Buatkan aku jatuh cinta kembali pada-Mu.

Buatkan aku hilang dalam kasih sayang-Mu.

Buatkan aku asyik dalam mengejar cinta-Mu.

Buatkan aku jatuh hati selama-lamanya pada-Mu.

Buatkan aku terpesona dengan kalimah-Mu.

Buatkan aku selalu mengingati-Mu.

Buatkan aku tak sabar2 dalam menjalankan suruhan wajib-Mu.

Buatkan aku rajin dalam mengerjakan amalan sunat-Mu.

Buatkan aku teruja mempelajari ibadah-ibadah pada-Mu.

Sesungguhnya, 

Aku telah jauh.

Aku telah dibelenggu dengan dosa yang menggunung.

Dosa yang membuatkan hati ini hitam dan kelat.

Kelat dan kotor.

Kotor dan hina.

Dirasakan mahu menyental hati ini sebersih2nya menggunakan air zamzam.

Kau tahu aku hamba-Mu yang hina.

Ku harap kau tarik aku kembali pada-Mu.

Keluar dari kancah2 dosa.

Ameeeeeennn ya Rabb Al-Ameeennn.





No comments:

Post a Comment