Monday, 21 January 2013

Hijrah in 2013

A new year has begin. And below these are the resolutions and i''m hoping to see a good change in myself. Amin. (write in Malay, so harapnya lebih terkesan)

1) Sempurnakan setiap solat fardhu di awal waktu.
    Subuh = 6 pagi 
    Zuhur = solat dahulu sebelum makan.
    Asar = lepas azan terus solat, JANGAN MALAS!
    Maghrib = kalau takda kelas petang, lepas mandi terus pegi masjid.
    Isya' = di masjid / di awal waktu

2) Taat dan dengar kata umi and abah, tak degil. jadi anak solehah kepada mereka.

3) Rajinkan diri semula untuk pergi masjid dan dengar ceramah agama.

4) Jaga batas pergaulan dengan lelaki, terutamanya mereka2 tersebut. Kurangkan keluar makan and no more ketuk2 mereka walaupun guna barang je.

5) Pakai handsock dan stokin setiap masa. Jaga aurat tangan juga. Mesti! Kalau malas pakai stokin, pakai crocs je. Cuba fuzahh cubaaaa!

6) Jaga percakapan dengan setiap orang. Hormat setiap orang. Camana nak jadi ibu kalau still cakap ayat2 tak sedap and yg mcm mencarut2 tu kan? Nak ada anak tak?? Haaa.

7) Setiap malam kena ada masa untuk ulangkaji subjek yang dah belajar siang tadi. (lepas meeting) Kalau sempat dlm 10 minit tgok nota pun dah kira hijrah dah dari sifat malas.

8) Latih lagi sifat sabar dalam diri, dalam hati, dalam jiwa. Kalahkan nafsu amarah yang membuak dalam hati. Ingatlah, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan kemarahannya sayang.

9) Latih urus masa dengan lebih bertanggungjawab. Tido awal dan bangun solat malam. Kena buat sekarang, tak tahu Allah nak tarik nyawa bila. Rajinkan diri buat solat dhuha setiap hari.

10) Banyakkan duit simpanan untuk masa hadapan. Plan your saving.



Baiklah, sekian sahaja untuk penghijrahan yang akan dibuat untuk tahun ini. Banyaknyaaaa 10! Takpa2, cuba buat sikit2, istiqamah, cuba niatkan semua kerana Allah.



InsyaAllah =)



No comments:

Post a Comment