Buat dia yang bakal kupilih pada masa hadapanku,
Ku harap kau sedia menerimanya diriku seadanya.
Kerna ku harap kau tahu, sakitnya diri ini pabila insan tersayang pergi kerna kekurangan diri yang tidak mampu dibaiki dalam masa yang singkat.
Ku harap kau....
Terima ritma-ritma hidupku yang tidak sesempurna ritma hidupmu.
Terima sikap-sikap ku yang kadang-kadang menjadi sangat luar jangkaan.
Terima andainya kadang-kadang aku ingin menjadi seperti Hulk.
Terima andainya seharian aku merengek dan membebel dan menangis disebabkan benda-benda remeh temeh dan tidak penting.
Terima bahawa aku tiada kebolehan dalam membuat semua perkara dalam dunia.
Terima akan betapa bengkoknya dan condongnya diriku, dan bersabar dalam meluruskan aku kembali.
Terima betapa sukarnya untuk memuaskan hati dan betapa cerewetnya aku, namun masih berusaha untuk mencapai kegembiraanku.
Kerna,
Tidak ku mahu lelaki tipikal yang hanya memandang perempuan sebagai seorang suri kepada rumah yang hanya punyai tugas mengaturhal ehwal rumah sahaja. Kerna bagiku lelaki harus menganggap isterinya sebagai permaisuri hati seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap isteri-isterinya.
Tidak ku mahu lelaki yang menganggap isterinya hanyalah sebagai kilang membuat anak andai kebajikan isteri dan anak-anak sendiri tidak terjaga. Boleh nak ada zuriat yang ramai, tapi biarlah segala kemudahan untuk anak dapat disediakan seadanya. Aku akan berusaha agar anak-anak ku tidak hidup merana di kemudian hari.
Tidak ku mahu lelaki yang hanya kisah tentang ego dan maruahnya namun memandang enteng maruah seorang wanita. Perlukah seorang suami memarahi isterinya di depan khalayak ramai andai dia tahu perkara itu pasti memalukan dan merendahkan maruah isterinya. Bukan sahaja maruah, namun keyakinan diri dan self-esteem pasti akan jatuh ke lantai. Bagaimanakah ingin berbakti kepada suami dengan hati yang ikhlas walhal peristiwa semalam masih berbekas?
Tidak ku mahu lelaki yang hanya mahukan sokongan daripada pasangan namun tidak menyokong kembali pasangannya.Kerna, setakat yang aku mampu, akan aku sentiasa berada dekat di samping mu. Dan akan ku sentiasa menyokong kamu berbuat perkara yang bagus dan baik. Dan akan aku sokong andai kamu sangat suka membuat sesuatu perkara itu, selagi tidak salah di sisi agama kita. Jadi, berilah sokongan padaku kerna hanya kamu sahaja yang akan aku ada nanti, tiada yang lain.
Tidak ku mahu lelaki yang menganggap isterinya tempat untuk memuji dan memuja, dan hanya mahu dibuat sebagai perhiasan terhadap tatapan mata-mata di dunia. Siapa yang mahu lelaki yang mahu mencanang segala rahsia rumah tangga di hadapan masyarakat? Cukuplah dengan berita-berita di surat khabar, akan aku litupi diriku khas buat mu sahaja.
Tidak ku mahu lelaki yang hanya menganggap status berkahwin adalah penyelamat dalam masyarakat dan hanya sebagai mengangkat status sosialnya di khalayak ramai andai kewajiban-kewajiban terhadap isteri tidak dapat ditunaikan. Wahai perempuan, siasatlah dahulu dengan siapakah kamu akan berkahwin, lihatlah jika dia sebenarnya homoseksual atau gay. Akan sakit penghujung cerita kamu nanti jika terlepas pandang perkara ini.
Tidak ku mahu lelaki yang hanya membiarkan aku berbuat sesuka hati ku selepas berkahwin. Bimbinglah aku seadanya dan jadilah sesabar yang mungkin kerna untuk berubah cara hidup bukanlah perkara yang mudah untuk dibuat. Bersabarlah dengan kerenah ku dan amarahku dan cemburu ku.
Kerna, setakat yang aku mampu, akan ku pegang janji-janji padamu, dan akan aku jaga maruah diriku untuk kamu dan Dia.
Andai kerja dan tugas menjadi penghalang kebahagiaan, aku sedia korbankan itu untuk mu.
Couldnt agree more.so touchy :')
ReplyDelete