Friday 4 May 2012

Haish, Macam-macam Ada

Badan terasa sangat letih. Kepala  terasa sangat berat. Mata bagai nak tertutup rapat dan semakin besar eyebag dan juga lingkaran gelap bawah mata terkesan. Sesungguhnya, penat dan lelah sangat terasa kerana berpulun membanting tulang menyiapkan proposal baktisiswa bersama rakan-rakan tercinta. Alhamdulillah, dah berjaya hantar tadi. 

Perut lapar kerana terlalu banyak energy digunakan oleh saraf-saraf neuron memikirkan masalah2. Sangat sangat mahu tidur sekarang namun apakan daya dah nak maghrib. Kesunyian di bilik kerana Isza balik rumah, dan Una pergi ke mana entah, meeting kot.

Oleh sebab tak boleh nak tidur dan takut terlambat pergi ke persiapan rumah Coral, alang-alang meh nak update belog meh. Banyak sangat benda nak cakap tapi meh nak ngoyak se se.

Kali ni tajuk macam-macam ada. Apa yang macam-macam ada? Hurm, sejak masuk universiti ni baru diketahui terdapat pelbagai bentuk dan rupa peperiksaan dan ujian dan kuiz dan dan amali dan dan macam-macam lagi. Macam culture shock pun ada.

Yang exam midsem aritu, ohh seriusly nak muntah. No no silap silap. Diri ini memang tak study sangat time exam midsem ni so dapat markah pun boleh dikatakan okaylah alhamdulillah lulus. Haa macam tu. Sebab diri ini kalau study memang kena fokus habis babes labis dekat study. So, time midsem aritu memang sejujurnya banyak betul on going program yang tak cukup tangan dah ni eden nak tampung. jadi, study pun so so jelah kan kan? Haha.

Tapi yang paling nak mengomel nya ni ialah exam Basic Genetic Engineering. Apa budak bio belajar engineering ni? Tapi tapi takpa mak, kita usaha sampai boleh lah kan. Even my sister yang amek chemical engineering pun cakap yang subjek genetic engineering ni paling senang dalam engineering. =O ! Ohh yang ni exam midsem paling susah dalam hidup setakat ni sebab lecturer memang ikut format utuk final exam teruih. And and ada 1 soalan tu 15 markah. Tempat jawapan ada 5 je short blank. Hah? Nak tulis gapo ni 15 markah ni?! Soalan itu setelah dilihat rupa-rupanya kami tak belajaq pun lagi. Setelah memerah keringat hampir 45 minit nak jawab soalan tu saja, tiba2 lecturer lalu. And she said that my answer was wrong. And i was like "ARGHHHHHHHHHH!!!!" Habis masa 45 minit dah ni menjadi einstein dgn cipta formula sendiri ikut hati dan otak, haha. And then, tiba2 Madam Zarina cakap soalan tu ada pembetulan. ARGHHHHHHH!!! and then madam buat pembetulan lebih kurang 5 kali time exam tu. Habis masa dekat situ tak tawu berapa jam berapa minit. And lepas tu realise yang esei ngah kosong lagi. And then time tu dah tinggal kurang 15 minit. Exam full time is 2 hours and 30 minutes. 

Pulun dok buat esei, tapi kecewa sebab esei saya amatlah pendek. Sedih. Pastu ramai2 keluar dewan. Pastu, saya tak siap lagi soalan yang susah tu. And bila kertas pembetulan datang dekat saya, all of them ada  band2 yang berbeza tempat letaknya. Ohh sungguh saya amat kecewa. Time tu dah tak ramai yang tinggal. Akhirnya, dengan instinct yang memandai je, saya jawab. Saya orang terakhir keluar dewan. Memang macam2 ragam semua orang. Ada yang menjerit, ada yang maki2, ada yang sedih, ada yang gelak terbahak2, ada yang mendiamkan diri. Dengan lemah terus ke kelas UNGS bersama Atie, Una, Maslin dan lain2. Rasa nak pengsan je time tu. Tapi, sabaq2 jangan nak buat drama pulak.

And then, selepas 2 minggu, semasa dalam kelas, tiba2 madam cakap madam nak buat resit exam untuk soalan yang susah tu. ERKKKKKK!? dah la tak study apa pun. jadi memang redha jelah kan. tapi alhamdulillah rupa2nya pemahaman saya tu betul sekali. teori poojaenstein diterima pakai. hahaha! jadi berlakulah adegan kelam kabut semua berpikiaq jawapan yang betul. nasib baik madam bagi bincang. tapi macam pelik lah kan 1 kelas bincang ramai2 time resit exam.tapi tapi geram sebab masa time exam tu, habis masa dekat soalan tu je.hurm. hahaha. memang macam2 kan?

and then ,ni nak ngoyak pasal kuiz Protein Biotechnology which everybody pulun pulun dok baca semua slide. and everybody thought kuiz tu sejam. dah la buat dekat exam hall, memang cuak la kan derr? sejujurnya, saya sangat pulun malam itu. bersengkang mata minum nescafe 4 sachet, nak muntah. study punya study. esok pun kuiz.

masuk2 exam hall, terus cari meja kosong. ada kertas, and Dr Tengku terus suruh jawab. kami memandang kertas dan terpinga-pinga. soalan apakah ini? bentuk lebih kurang macam soalan genetic yang susah tu, tapi macam baik sikit kali ni. soalan sikit, tapi dah tak ingat sangat sebab ni topik before midsem. jadi, try la concentrate nak jawab. masa tu ramai lagi yang baru masuk exam hall, baru 5 minit. tiba2, dr cakap "10 minutes left!" HAAAHHHH??!! 10 minit?? gano nihhh??? tak sempat nak pikiaqqq. jadi jadi semua jadi kelam kabut. kuiz 15 minit je rupanya. baiklah. baiklah. jawab jelah mana2 yang mampu. tapi sebab gelabah, jadi semua yang dah study hilang begitu saja. masyaAllah, sabar jelah kan. tengah tulis, tiba2 ada orang dtg tarik kertas. baiklah. habiskan ayat yang entah tak tawu tulis pasal apa tuh. and hantar.

tett.

rasa macam nak stress bila ingat tapi takda guna jugak kalau stress kan? benda dah lepas. saja nak tulis kat sini, buat jadi kenangan. heuheu

emh, and minggu depan ada 2 kuiz. kuiz enzymology dan kuiz basic genetic engineering. tak dapat nak agak nanti keluar soalan macam mana tapi yang penting dr. tengku buat soalan kuiz enzyme tu. =O ! and cuak pulak bila nak jawab BGE. =/

and ni nak cakap pulak pasal experiment dalam lab. sem ni memang lecturer kami antara orang2 paling busy dekat UIA kuantan ni. So, banyak kelas ganti. Dr. Zarina, Dr. Tengku, Prof MBO, Dr. Razak dgn Dr. Ibrahim Syogar. And jugak Dr. Ibrahim principal Talhah. Dah la setiap hari macam kena marah dengan dia dekat mahalah, jumpa pulak dalam kelas setiap minggu. pengsan. and not forget 2 lecturer yang sama2 sedang pantang, Dr. Zakiah and Madam Hasniza. Happy dapat babies ! =D

ni haa, lab pulak selalu lah macam2. mula2 awal sem ni memang semua lab nak habis malam kan. kami duduk dalam lab tunggu turn and tunggu benda tu process nak dekat 6 jam. pukul 2 sampai 8 malam. and and kadang2 selalu tak dapat result pun. tak, memang selalu sangat tak dapat result. so, lab kali tu cancel and then tak tawu nak tulis apa dalam discussion report. protein pun macam tu, enzyme pun macam tu, genetic engineering tu lagi la macam tu. tunggu 2 jam lebih nak biar gel mengeras, tapi tak keras2. rupa2nya salah dekat solution yang lab assistant prepare. okay. baiklah. tak marah. tapi rasa apaaaaa ni????? haa macam tu.

ni tak cakap lagi pasal assignment yang menggunung. mungkin muka kami baik sgt so lecturer pun suka bg kerja banyak. selalu macam bagi assignment arini, esok kena hantar. pastu, ade dalam bulan march and april, dalam masa seminggu seriusly nak pengsan nak muntah nak tergeliat pun tak sempat. bayangkan dlm 1 minggu, ada 2 exam, 3 kuiz, 3 assignment nak kena hantar, and 3 lab report nak kena hantar. masyaAllah. memang Allah uji budak2 kelas saya nih. and condition ini berlarutan for about 3 minggu yer kawan2. subhanAllah, ujian Tuhan kan kan? And and dah la time tu malam saya dipenuhi dengan meeting, and weekend saya penuh dengan akitiviti. And bila saya dapat 1 malam free, saya rasa gembira sangat and terharu sangat sampai rasa nak nangis. *ni seriusly taw, memang rasa nak nangis* and masa itu saya dipenuhi dgn ujian2 lain, masyaAllah. hero tak saya? kih3.

Dan akibat daripada ketegangan yang dihadapi oleh budak2 biotech masa itu, kami menjadi sangat kuat and tough and resistant and cekal and tabah. presentation? NO HAL. assignment baru bagi tadi and nak esok? NO HAL. resit exam mengejut? NO HAL. lab report yang 5 minggu punya experiment ada pembetulan kiraan dari awal? NO HAL. kuiz nak bagi banyak dalam 1 minggu? NO HAL. tapi nak pengsan jugaklah. katangnyaaaaaa! hahahahah! gila =.=''

haa kan kan kan macam macam kan? nasib baik tak amek medic, kalau tak mesti takda life kan? takleh lah buat family day, takleh nak join baktisiswa dengan paan. kan kan? (bangga tak paan?) and alhamdulillah ini semua takdir. life yang busy ini memang untuk membina ketahanan mental dan fizikal dan emosi dan spiritual. terima kasih untuk hidup ini ya Allah. Kau banyak mengajar. walaupun semakin lama saya menjadi semakin serius, and sgt susah nak senyum, tapi apakan daya tak mampu nak gembira2 macam dulu.

Okay dah penat mengomel dan mengomen. sekian.