Sunday 28 July 2013

Selepas Sebulan

selepas sebulan. baru rasa tenang. baru rasa boleh nak gembira senyum lebar lebar. baru boleh nak buka tingkap bilik. baru boleh nak biar ada ruang yang tak buka lampu. tapi masih tak boleh nak tutup lampu masa tidur, takda daya takda kudrat.

selepas sebulan. baru boleh update things to do. baru boleh nak trace balik inbox inbox dalam phone yang dah bercelaru. baru boleh nak start berfikir dengan waras. baru boleh nak decide nak buat apa masa intern, lambatkan?

selepas sebulan. kumimpi akan kamu. dalam mimpi ku tercari2 mana kamu. dan kujumpa. kau sedang memetik gitar dan memandang ke arah sana. kau tetap sama, di dalam mimpi dan di luar. sama dengan rupa yang dahulu, sebab sekarang tidak kutahu bagaimana rupamu. tiada suara, tiada bicara. aku terkejut dari tidurku. pukul 2.30 pagi. berdebar hati, berputar kepala. 

selepas sebulan. dapat ku berfikir dengan tenang akan kamu. sebelum ni hati mencucuk cucuk pedih. kasihan dekat diri sendiri akan nasib yang diberi. namun sekarang, kaki ku tenang berdiri. ku renung dalam dalam. ku ingat diam diam. ku kenang kisah kita. tiba tiba kurindu. kusedih. kumenangis. mahu ku lelap tapi otak tidak berhenti terkenang. ku dengar lagu lagu kenangan kita. pilu. sayu. sampailah semua isi rumah bangun untuk bersahur. 

selepas sebulan. Dia jawab penantianku. kusyukuri kerna tiada apa yang serius berlaku ke atasku. ada hikmah kejadian itu. ada pengajaran Dia mahu beri padaku. baru kutahu. tarbiah daripada Allah itu lah yang terbaik. mungkin cara-Mu untuk mentarbiah daku melalui si dia tidak mampu mengubah caraku. jadi Kau datangkan musibah yang inshaaAllah lambat laun akan ku terima sebagai anugerah. 

terima kasih Allah. selepas sebulan, aku masih hidup. 

Sunday 21 July 2013

Bahagia

ya tuhan
yakinkan aku di dunia ini ada bahagia
yakinkan aku di dunia ini ada gembira
yakinkan aku di dunia ini ada percaya, kasih sayang dan ihsan

kerna apa yang aku lalui tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, lebih banyak yang menyakitkan, lebih banyak yang mengharukan, lebih banyak yang mengecewakan.

yakinkan aku di dunia ini masih ada bahagia, yakinkan aku di dalam takdir yang kau tentukan untukku kau letak bahagia itu. akan ku tunggu walaupun bukan sekarang. hidup aku seperti sudah basi dengan kecewa dan sedih perit segala. 

ku mohon kau tetapkan pendirian ku, tetapkan agamaku, iman ku, akidahku. kau jauhkan aku daripada sikap dan attitude yang negatif itu, jauhkan aku perasaan yang datang daripada syaitan. kau tetapkan jalan lurusku ya tuhan.

sungguh ku pelik, mengapa aku bermimpi begitu. adakah aku sudah tiada kepercayaan dekat lelaki? adakah aku sudah sangat allergic dengan lelaki? padahal aku sebenarnya mencintai lelaki dan bukannya perempuan ya Allah. adakah kau beri mimpi sebegitu agar untuk aku berfikir tentang kesan membenci semua lelaki. tidak ku nafikan, sekarang andai ada lelaki yang mengacauku di bazaar-bazaar ramadhan, aku rasa ingin menikam mereka, rasa ingin menumbuk muka mereka. ya Allah.

ya Allah, yakinkan aku ada lelaki yang baik yang boleh menjaga aku yang boleh menerima diri aku seadanya. sungguh kau tahu apa yang terjadi padaku sebelum-sebelum ini. betapa hatiku kecewa dengan sikap lelaki yang aku cintai, betapa remuknya hati melihat dia pergi. kau tahu kan ya tuhan. kerna aku tahu kau berada lagi dekat dengan hamba-hamba mu melebihi dekatnya hamba dengan urat tengkuk mereka sendiri.

kau buat aku percaya ya Allah, di dalam hidup aku yang aku pasti temukan bahagia. kau yakinkan aku, di dunia ini akan ada yang mencintaiku seikhlas hati, bukan kerana rupa atau hanya sebab duniawi. kerna aku tidak ingin berkahwin dengan perempuan, aku ingin berkahwin dengan lelaki.

apa pun yang telah terjadi padaku, aku redha ya Allah. aku redha ya Allah. aku redha ya Allah. kerna aku tahu, segala sesuatu takkan terjadi tanpa izinmu. kau lah yang memberi izin untuk segala peristiwa, segala sihir, segala perasaan cinta dan segala perpisahan untuk terjadi. 

aku mohon diri ini dihindari daripada manusia yang bertopengkan syaitan dan syaitan yang bertopengkan manusia. serta ku mohon dihindari daripada manusia yang berpaksikan hawa nafsu ataupun perasaan sendiri yang jahat. Allahu. 

Ratuku 2013

Tetiba rasa lagu ni macam sedap.



Ratuku 2013 - Awie & Adira


Ratapan naluri
Memanggilkan namamu

Kerana pertemuan ini
Akan ku abadikan segala memori
Ku lewati waktu itu
Di dalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia

Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk slamanya
Ku bagaikan tak percaya
Apa yang tlah pun ku rasa

Engkau bagaikan oh permataku
Engkau pun jua ratuku

Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untuk untukmu
Itulah janjiku padamu

Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidak kan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut

[Ulang Chorus]
Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akan ku abadikan segala memori
Ku lewati waktu itu
Di dalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia

Meredahi masa meniti usia
Hingga ke akhirnya
Ku abadi cinta di hati ini
Di hati ini
Di hati ini



Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Syahdu

hai ramadhan yang dinanti
telah lama kurindu mahu bersua denganmu
telah lama kunanti untuk diisi dengan teliti
telah lama kuidami untuk dipenuhi dengan cinta berisi
telah lama kutunggu untuk dihiasi dengan kasih nan suci

hai ramadhan yang dinanti

kedatanganmu kali ini membawa seribu erti
seribu erti yang walhal dirasakan sepi
sepi datang berapi-api bagi hati nan terluka ini
luka dek panahan kasih daripada Ilahi
yang masih kurang dimengerti

hai ramadhan yang dinanti

kedatanganmu membakar diri
kedatanganmu menyulam kasih tulus suci
kedatanganmu menyuluh pori-pori liang di hati
sekian lama ku impikan kasih-Nya Ilahi
masihkah ada ruang
masihkah ada peluang
masihkah ada walaupun secebis cinta-Nya untuk hamba yang berdosa ini

hai ramadhan yang dinanti

maafkan andai kurang persiapan diri
maafkan andai perasaan sedikit tidak terperi
maafkan andai kosongnya akal dan hati
maafkan andai terlepas membuat resolusi kali ini
maafkan andai ternoda hati yang tidak tetap ini

hai ramadhan yang dinanti

mengimbau kembali ramadhan yang lalu
kuinsafi diri ini yang tidak bermujahadah denganmu
kulewati diri ini yang khilaf mengenang dosa yang dulu
ingin kucerca diri sendiri akan kesilapan yang basi
namun ku tahu semua ini kehendak Ilahi
kan cuba kupatuh kan cuba kuterima kan cuba kufahami
kan cuba kuselami isi tersirat Ilahi

hai ramadhan yang dinanti

datangmu membawa kegembiraan
hadirmu menerpa kerinduan
puitis syahdumu berkilauan dek bahang sinar mentari petang
alunanmu membelai hamba yang sedang beristiqamah
keindahanmu menyulit seribu makna seribu rasa seribu suara
kecantikanmu seindah kecantikan dhuha-Nya
kasihmu menjadi sakti-sakti keajaiban bagi hamba-Nya

hai ramadhan yang dinanti

ingin kujujur dengan mu
betapa pilunya sayunya harunya ramadhan kali ini
lemah dirasakan terkunci segala pintu mulut dan pintu hati
ingin kubuka ingin kutebarkan ingin kuluasi permaidani keindahanmu ke dalam diri
maaf ianya terlampau sukar
namun akan cuba kugagahi
seperti setiap onak dan duri yang kualami selama ini
kerna kutahu ujian yang diberi oleh Sang Ilahi
adalah untuk mentarbiah diri sendiri

hai ramadhan yang dinanti

ingin kuulas daripada kata hati
syahdunya kedatanganmu kali ini
kurasa bahagia walau ku berduka
kurasa indah walau ku kecewa
kurasa syukur walau cuba ku pasrah
kerna kutahu semua ini rahsia-Nya

hai ramadhan yang dinanti

sayangmu menyapa pipi
pelukan kasihmu menyinari hari
sorakanmu menyambar sanubari
agar bersemangat meniti sebulan yang dinanti selama ini
kerna ramadhan suci kali ini
terlalu penuh dengan pengertian
penuh dengan perbezaan
dan penuh dengan pengajaran

hai ramadhan yang dinanti

ingin kujujur sekali lagi
iman di dada tidak selalu tetap tidak selalu tinggi
andai kali ini ku berbuat silap
maaf kerana kurang inisiatif diri
terlalu banyak isi yang bermain di minda melebihi kapasiti fikiran normal
terlalu banyak jenis rasa yang hadir tak diundang melebihi kapasiti hati yang membenarkan
terlalu banyak isu melebihi ketangkasan daya otak untuk menganalisa
mahu ditelan dihabiskan begitu saja namun apakan daya
tiada kudrat yang mampu menahan melainkan kudrat ini sendiri

hai ramadhanku yang syahdu

akan sentiasa dinanti
akan tetap dirindui
akan selalu disayangi
akan disorak dirai
di dalam hati walaupun mulut terkunci

hai ramadhanku yang syahdu

kusayang akan kamu
akan sentiasa kurindu
sentuhanmu belaianmu lailatulqadarmu
kupohon
jadikan ramadhan kali ini bermakna buatku
jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu

sentiasa kupohon sentiasa kuharap sentiasa kutunggu hidayah-Mu ya Allah.