Thursday 29 November 2012

Cinta Manusia



Manusia biasa sepertiku amat memerlukan kata2 semangat. Ini juga buat bacaan kawan2 tercinta.


  • Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.




  • Kekurαngαn seseorg itu membezαkαn diα dengαn orang lαin , tαpi kαdαngkαlα kekurαngαn itu menyebαbkαn iα mempuyαi sαtu kelebihαn berbαnding orang lαin, nαmun sedαr αkαn kekurαngαn itu lebih bαik dαripαdα bαnggα αkαn kelebihαn. 


  • Janganlah mencari isteri tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


  • Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang lembut menuruti pengorbanan cinta Rasul dan Anbiya' kami. Jadikanlah dalam hati kami Kau yang paling dicintai, hingga pada apa yang Kau uji, kami tetap memilih-Mu sebagai cinta sejati. Jadikanlah apa yang Kau kurniakan daripada dunia, jika padanya kami letakkan rasa cinta, biarlah ia semakin menambah dekatnya kami, pada cinta-Mu yang hakiki.




  • Jika jatuh hati kepada seseorang, pastikan dia akan angkat hati kita yang jatuh itu, bersihkan debuan di atasnya, dan simpan ia dengan baik.


  • Perkahwinan itu bukan cerita si suami dan isteri sahaja, malah lebih berat dari itu. Perkahwinan itu hal suami isteri dengan Allah.


  • Jangan suka mencari kesempurnaan seseorang tapi sebaliknya cintailah dia sebagai mana diri dia yang sebenarnya.


  • Apabila kita betul-betul buat keputusan untuk mengahwini seorang wanita. Ujilah jatidirinya, kesabarannya, agamanya, serta kasih sayangnya. Kenali latar belakangnya secara luaran dan dalaman. Kemudian beristikharahlah.



  • Dia marah awak lambat solat, Dia sayang awak. Dia tegur cara berpakaian, Dia takut orang lain tengok aurat awak. Inilah Suami awesome.


  • Kalau betul kita SAYANG dia, tapi kita belum mampu JAGA dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta agar ALLAH jagakan dahulu dirinya untuk diri kita.


  • Kepada pasangan suami isteri dan bakal isteri serta bakal suami , Belajar untuk keluarkan cinta suami/cinta isteri daripada hati ke genggaman dengan menyeru nama ya Quddus ya Jalil sambil berdoa supaya Allah mengeluarkan cinta manusia daripada hati ke genggaman, dan memasukkan cinta ya Waddud ke dalam jiwa.


  • Jika kita marahkan dia jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya. Jika kita menyukai dia jangan sampai tak nampak lagi keburukannya.


  • Pilihlαh pαsαngαn yαng MAHU mendαlαmi AGAMA bukαn yαng sekαdαr tαhu αgαmα tαpi tidαk mαhu mendαlαmi, αpαlαgi mengαmαlkαn kerαnα yαng mαhu itu pαsti αkαn BERUSAHA yαng TERBAIK dαlαm membimbing keluαrgnyα demi REDHA ALLAH. Nαmun αlαngkαh bαiknyα αndαi bertemu yαng TAHU & MAHU :)



  • ".. Wαnitα yαng meminαng seorαng lelαki yαng soleh itu bukαnnyα perempuαn yαng tidαk tαhu mαlu, tetαpi merekα wαnitα yαng tαhu αpα yαng merekα mαhu ..


  • Siapa isteri anda? Dia ialah :

1. Anugerah Allah yg didatangkan untuk mencintai anda.
2. Teman dalam susah dan senang.
3. Teman untuk anda bergurau dengannya.
4. Insan yang melahirkan zuriat anda
5. Insan yg di lahirkan untuk anda menyintainya dan bermanja dengannya.
6. Pembantu anda dlm urusan rumahtangga.
7. Penasihat anda bila anda tersasar.
8. Penghibur dikala anda dukacita.

9. Perangsang anda dikala anda berputus asa.
10. Penyokong anda dikala anda ditinggalkan.
11. Pembela maruah anda.
12. pendinding anda dari Neraka Allah.
13. Pendorong anda kepada Syurga Allah.
14. Pelayan setia anda tanpa mengira waktu.
15. Perawat luka anda dikala anda terluka.

Dia lah wanita yg harus anda hargai.