Tuesday 3 September 2013

Malu baqhang

**unaaa, ni yang pasal tutt tu. meh nak bagi una bacalah, hahaha. tapi dah lama sangat dah ni,tak ingat tarikh bila. tak post sebab macam mengarut je rasa, hahaha**



malunya.... malu baqhang :(

apa perasaan korang kalau ada kawan korang malukan korang depan seseorang yang korang suka?

malu kan?

rasa jatuh saham jatuh ego hancur berkecai badan jantung semua. aaaaaaaaaaaaaaaaaa T.T

punyalah nak cover habis tadi, tiba2 ada kawan tanya "haaa fuzahh. kau meniru kan tadi???"

nak cakap tak sebenarnya. tapi tadi teringat mmg ada borak2 sembang2 dengan una. eop kot. semua orang sembang lah kan.

pastu depa dok bahan aku ramai2 kat situ and tup2 kat sebelah tu ada diaaaaaaaaaaaa. and dia tengok je kat aku. okay malu gilerrrrrrr. tercalar terpalit dah muka aku.

pastu aku wat lek wat kool lagi.

masa nak keluar from main audi, kawan aku ada jalan blakang aku. and si dia jalan blakang kawan aku tu. 

tiba2, kawan aku tanya. " fuzah, hang mandi ke dak arini?"

wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! apaaaaaaaaaa ni tanya soalan macam tuuuuuuu. 

aku pun mcm "awat? teruk sangat ka muka aku?"

"takdala, tanya ja."

"hurmm, mmg serabut sikit skrg. serabut gileeeeeeeeeeeeeeeee". dalam hati aku masyaAllah sabar jelahh.

pastu kawan aku sambung, "haa mmg pun. aku tanya hang mandi ke dak sebab tgok muka hang serabut gila"

rupa2nya, si dia tengok je dekat aku sambil jalan and of course dia dengar apa yang kawan aku cakap tu. and nampak muka dia macam sengih sikit. oh gosh. suara kawan aku tu kuat btw.

and aku terus rasa muka aku panas sangat2 nak terbakar dah. fineeeeee. kenapa nak bahan aku time2 ni jugak? selama ni okay ja. sampai hati hangpa semua.

or, sebenarnya depa dah tawu. and depa saja nak bahan aku nak biar aku malu. eh tapi impossible lah. yang tahu pun berapa kerat je. 

eeeiiii malunyaaaaaaa sangat2 amat2. haish, kalau lah si dia dah tahu yang aku crush kat dia, mesti dia pandang rendah dekat aku kannn. aaaaaaaaa jatuh saham dahhh. malu dahhh.

tercalar terpalit mmg hancur dah muka aku. eleh, kalau tak tercalar pun, bajet dia nak suka. tak pun. at least taklah aku rasa malu mcm skrg, eishh. 

pastu balik exam, masa otw nak pi parking, cerita2 la dgn una pasal tadi. sebab dah tgok line clear habis. pastu, tak pasal2 si dia muncul dekat belakang. tadaaaaa!

okay, terhenti gosip joyah dan temah sekalian. 

pastu aku mmg tak pandang langsung la dekat dia, muka mmg nak cover habis. kitorang pun patah balik sebab kereta park kat tempat lain.

pastu, aku saje jelah nak toleh, nak tengok buat kali terkahir lah konon kan. cehhhh =p

tak pasal2, masa aku toleh tu, dia pun baru je patah balik and tengok dekat aku. okay yang ni sumpah aku malu tak reti nak cover. maaaaaaaaaaaaaaaaa, sedihnyaaaaa. kantoiiiiiii T.T

pastu dgn rasa berdebarnya, aku melangkah kaki cepat2 lari. haha.

hurmm, tapi bila diingatkan balik, benda2 mcm ni takkan ke mana pun. biasalah crush2 dekat senior kan. tengah single kan skrg, haha.

punyalah bajet nak single mingle nak bagi hati berehat, and dok pulun reject semua2 yang datang. tapi, bila jumpa crush haaa amek tak keruan terus. 

sebenarnya masa masuk dewan awal2 tadi aku tertengok dia and dia pun tertengok aku. tapi punyalah nak cover, buat muka selamba terus jalan. 

and and masa exam tadi awal2 mmg takleh fokus. mata gatal asyik nak usha je. eeeiii ape benda lah aku ni. tak malu betull. haa kan bila dah kena mcm tadi baru tahu nak malu.

okay dah. sekadar luahan. tensionnnyaaaa aku dgn depa2 ni. saja je buat macam tu. eeeiiiiiiiiiiii.

okay dah. lepas ni kena lupakan dia. sebab takkan jadi apa2 pun dengan dia. kalau sekadar suka main2 and rasa kalau bercinta tak bahagia pun buat apa kan.


and lagi2 bila dengar cerita yang dia tu playboy. masyaAllah. tak maw lah. dah serik da.

takpelah, anggaplah ini semua kenangan dekat university. nati time kerja dah takda kenangan2 macam ni. 

dia pun dah nak grad dah. lepas ni carik kerja and ada hidup sendiri.

and aku rasa dia takkan pernah tahu aku siapa sampailah akhir hayat dia, haha.

ehh, awat eh aku selalu suka2 dekat senior? pelik tak?

suka pulak dekat senior2 yang macam nakal2 sikit. haishh. sabar jelah.

okay dah eh. habis dah cerita kat sini kan. 

mmg kenangan habis wehh cerita ni. kelakar sungguh cerita hari ini.

okay dah bye. hehe. 







p/s: hijaunya awak hari ini :)

Noda


duhai yang tercinta,

bersyukurlah andai tiada yang menjemputmu ke awangan
bersyukurlah andai tiada yang mengajakmu berkasih-kasihan
bersyukurlah andai tiada yang mengajakmu ke alam percintaan
bersyukurlah andai kamu hanya keseorangan
bersyukurlah andai kamu tidak punya teman yang belum halal
bersyukurlah bersyukurlah
kerna itu sebenarnya satu anugerah daripada Sang Pencipta

kerna
sesungguhnya Dia mahu menjagamu
Dia mahu memeliharamu
memelihara peribadimu daripada tercalar
memelihara dirimu daripada difitnah seisi dunia
memeliharamu daripada dikasari manusia
dan yang paling penting
memelihara maruah dan kehormatan dirimu

kerna ketahuilah
andai kamu bernasib seperti aku
hidup yang terasakan indah itu sebenarnya hanyalah sementara
hanyalah mainan perasaan dan jiwa
hanyalah mengikut hati dan salakan hawa nafsu
yang kadang kala dipandu syaitan dan bukannya tepukan iman
yang terus menerus melakukan dosa
tanpa henti
tanpa sedar
tanpa belas terhadap diri sendiri

walhal Allah sendiri sudah memberitahu
tiada hubungan yang halal di sisi-Nya kecuali dengan pernikahan
sudah diterang-terangkan dalam kalam al-Quran
jauhi zina
jauhi zina
jauhi zina

ya Allah,
hidupku ini tidak berlalu seperti acuan yang umi dan abah mahu
hidupku ini tidak mengikut perancangan setiap tahunku
hidupku ini hanya mengikut badai ombak yang kuat memukul
memukul dengan kasar sampai aku terkena musibah-Mu

musibah ini
kutahu ia sebenarnya anugerah
kutahu ia sebenarnya petunjuk hidayah
kutahu ia sebenarnya tanda sayang Kamu pada aku
Kau tak mahu aku hanyut selamanya dalam dunia kecilku

ya Tuhan,
agak terlewat aku ingin kembali pada-Mu
sudah tiada semangat aku untuk lalui kehidupan
terlalu banyak dosaku pada-Mu
malu sungguh andai mati
malu sungguh andai tidak dapat melepasi titian sirat-Mu
malu sungguh andai Kau tidak mahu bertemu denganku
malu sungguh andai ku tercampak ke dalam neraka-Mu

aku yang terhasil daripada kehidupan ini
sentiasa diacu ketakutan pada masa hadapan
sentiasa diacu ketidakfahaman 
sentiasa diacu kebencian terhadap diri sendiri
terasa kerdil dan hina
rasa macam hendak kucuci hati dengan air zamzam-Mu
hendak kugosok kubilas dengan kuat
hati ini terlampau kotor
kupohon Kau sucikanlah hatiku

mana mungkin manusia sekotor aku ingin menjadi bersih seperti fatimah syarha
mana mungkin manusia yang penuh fitnah sepertiku boleh menjadi suci seperti dia
mana mungkin kisah hidupku ini disamakan dengan kisah hidupnya

jadi
duhai yang tercinta
bersyukurlah
kamu hanya menanti seorang yang halal buat kamu
seorang yang kamu boleh cintai sepenuh hati tanpa rasa ragu-ragu
seorang yang kamu boleh kasihi tanpa berasa waswas
seorang yang kamu boleh sayangi tanpa rasa bersalah menebal dalam diri
seorang yang kamu boleh serahkan seluruh jiwa ragamu hanya untuknya selayaknya sehalalnya

aku akui
manusia yang kucinta
kucinta dengan rasa bersalah menebal dalam diri
kusayang dengan rasa ragu-ragu meninggi dalam hati
kukasih dengan rasa tidak puas hati
ku mahu miliki tanpa ada batasan malu dan iman

namun
jawapan kukuh diberi Tuhan
perpisahan menyelamatkan diri
Dia pisahkan kami setelah hati bertaut menjadi satu
tetap kusyukuri 
walau ada secalit pedih
walau ada secalit sedih
bengkak yang kian surut
hasil tinggalan luka yang dalam
menerobos jauh ke dalam sanubari
menghadiahi air mata yang tak pernah berhenti mengalir
menghadiahi sujud yang tak pernah basah
hanya mampu kukirimkan doa cinta dan kasih
buat dia yang tegar hatinya

oleh itu
duhai yang tercinta
bersyukurlah
bergembiralah
kamu tidak lalui kisah seperti aku
kamu tidak merana jiwa raga seperti aku
hasil cinta yang penuh noda dan dosa
raikanlah
hidupmu inshaa Allah yang terbaik buatmu
hidupmu tidak akan pernah sepi selagi ada Dia
kerna ketahuilah
Dia dan Cinta-Nya sentiasa di sisi.






Bungkam


mengenang kisah hidup semalam, yang dah macam2 terjadi, terfikir, tertanya, masih adakah esok yang bahagia. masih adakah hidup yang gembira. sebab rasa macam sentiasa dalam duka.

bila lihat hidup orang lain, kenapa mereka begitu ceria? mahu hidup seperti mereka. mahu gembira macam mereka. namun apakan daya. nasib kita tidak sama. 

baru perasan. selepas kejadian, gambar2 yg diambil kalau senyum nampak gigi, memang fake. baru perasan. sebab rupanya dah tak boleh nak senyum nampak gigi dah. muka jadi ketat sangat sekarang. tak suka, nanti cepat tua. namun apakan daya.

ada kawan cakap, kalau aku senyum tak nampak gigi, nampak macam sgt tak ikhlas. maaf kawan. kali ni, aku masih belum punya kudrat untuk senyum ceria sampai ke telinga.

kalau baca memang nampak macam over. tapi itulah hakikatnya. tak tahu apa yang boleh buat aku kembali gembira. mungkin hanya dengan ingat dekat Maha Pencipta. boleh jadi gembira sebab aku percaya ada sebab semua yang terjadi pada aku berlaku. 

aku mohon, masukkan aku ke dalam syurga. biarlah hidupku tungkang terbalik, kucar kacir dan haru biru macam mana sekalipun, biarlah aku masuk ke syurga-Mu ya Tuhan.

bukan mahu kupinta yang bukan-bukan, cuma ia tetap terlintas di fikiran. andai mungkin masa depan aku tiada bahagia dan penuh duka, biarlah aku pergi sekarang. tiada apa yang tinggal untukku di muka bumi ini. namun kusedar, belum cukup amal, belum cukup selawat, belum cukup bangun malam aku untuk Dia.

kusedar, dalam hidup ini tiada yang abadi. namun kupohon, andai umurku panjang, kau berikanlah sesuatu yang boleh menggembirakan aku, boleh membuat aku bahagia di dalam sisa-sisa hidupku. 

biarlah manusia mahu berkata apa, mahu mengomel apa tentang aku. aku sudah penat memuaskan hati manusia. biarlah kali ini aku cuba mengangkat perasaan hatiku sebagai yang utama.





biarlah hati yang tenang ini mengawal perasaan yang bungkam.