Saturday 30 March 2013

Keep calm.

What you should really do now?

Be calm. Be calm. Be calm. Be calm. Be calm.


Keep calm. Keep calm. Keep calm. Keep calm. Keep calm.


He is with you. He never left you. He understands your heart and feeling.


Keep calm and so, be calm.


Calm. 


Calm dear.


Calm.


Calm  =)




Keep calm & eat 20 cents ice-cream.


Keep calm & stare at the fountain.


Keep calm & play balloons.


Keep calm & listen to baby lullaby.


Keep calm & read till you drop.


Keep calm & play with roses. Ouch, so beautiful.


Keep calm and just love life <3

Jawapan-Nya

dalam hidup ini, kadang2 Allah jawab persoalan dan doa kita dengan cepat. 

kadang2 Allah jawab dengan lambat. 

sebab Dia jawab sesuatu berdasarkan kepentingan itu untukmu. 

sebab Dia yang merancang semuanya untukmu dengan cinta-Nya, pasti Dia tahu apa yang terbaik untukmu.

mengapa aku berkata begini?

kerna sebenarnya telah banyak kali Allah menjawab persoalanku dalam doa2 ku.


tadi, ada ku sebut yang aku rindu. dan bila aku baca buku "dosa2 besar yang sering diremehkan wanita" tu, dalamnya ada tertulis,

                 "berkhalwat bukan hanya bermaksud duduk secara berdua-duaan, bahkan berbual melalui telefon di luar keperluan syarie juga dapat dikatakan berkhalwat. benar,secara fizikal mereka tidak berada dalam satu tempat, namun kewujudan seseorang melalui suara cukup mewakili kewujudan fizikalnya. bahkan dengan melalui telefon, mereka lebih bebas membicarakan tentang apa sahaja selama berjam-jam tanpa berasa takut pada sesiapa pun"

- dipetik drpd buku jurus jitu mengelola cinta, karya m.idham kusmarwanti, jakarta.


astaghfirullah al-azim T.T

mungkin Allah ingin menyelamatkan diriku drpd benda2 yang tidak patut itu. ya Allah, banyak sangat dosa yang telah aku lakukan. kau terimakah taubatku?


kedua, tadi semasa mengaji, aku terbaca ayatnya,

                     "la tahzan". 

masyaAllah. betapa Dia tahu apa yang hamba-Nya sedang lalui.


ketiga, semasa aku dalam tempoh perkabungan yang lalu, di mana kurasakan diri aku ini betul2 hina. semasa membaca tafsiran surah an-nur, terjemahan ayat ini yang keluar,

                          "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."



dan beberapa hari selepas itu,

                            "wa laa taqrobu zina"


Allahu akbar!


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


                   “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya : 
                     “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Ibn Qayyim memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya, hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya, lebih kepada perbuatan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan yang menuju kepada kesedihan dan keresahan.


Dalam hal ini, Ibn Qayyim menyatakan : “Orang yang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakkan. Barang siapa yang terjatuh ke dalamnya, maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.

                    
Terbaca jugak yang ini :

Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah pelaksanaannya. Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Satu-satunya ruang cinta yang diredhai Allah ialah cinta selepas diijabkabulkan.



juga yang ini :

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta 

selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta 

murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu

ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan

sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda

Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni 

Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.



ya Allah...

ampunkanlah dosa2 kami ya Allah...

walaupun kebanyakan bahan bacaan ditulis oleh fatimah syarha, di mana aku takkan dapat pernah menjadi sepertinya. 

namun, Kau maafkanlah aku dan dia atas kesalahan yang telah kami lakukan. astaghfirullah.




Friday 29 March 2013

ToBeGoodChallenge #1

please. 

minggu ini sahaja dulu.

walaupun ada exam dan sangat banyak kerja welfare dan lain2 nak buat, cuba okay :)

minggu ini sahaja.


1) solat setiap kali lepas azan

2) solat dhuha setiap hari (bawa telekung ke kelas)

3) tidak makan dinner

4) minum green tea setiap malam



untuk minggu ini sahaja. cuba ya :)

Balance and Time

i really need to find my balance back. sayap oh sayap, come to mama.

it seems like you had had taken the whole of me, and don't worry, i didn't mad at you. we used to be friends before, and always be good friends :)

i thought that i had winning this game, but i was wrong. the true thing is i had failed and lost. but, it is okay to fail. at least we will learn something and try to be better in advance. oh i just love you God for giving me the chance to fail in this love matter. maybe that is the sign or advice we need to learn before we are getting married right? 

and hey. there's a thing. i don't know why, in every semester, i'll find myself back right after the middle semester holidays. it keep repeating and i'm sick of it. i tried not to repeat the same mistake again, but well, i failed. 

never mind. at least i don't get lost through out the semester right?

well. in order to find my balance and my time, i should make some simple precautions for not to be overrated with these world thingy.

dulu masa ada kekasih hati, punyalah banyak sangat masa bagi dekat dia. and then, sekarang bila dah takda ni, inilah the right time untuk bagi masa dekat kekasih hati yang tetap setia, Allah.

so, i really2 have to steal my time for Him. tak maw jadi kedekut dgn Dia, hidup ni dah tak lama. al-quran pun tak banyak yang hafal, tak tawu ada apa je dengan diri sendiri untuk jumpa Dia nanti.

jadi, sangat banyak benda yang nak kena upgrade, iaitu :

1) solat kena tepat pada masanya
2) quran kena rajin baca
3) kena rajin pegi masjid
4) rajin2 la bagi sedekah dekat orang
5) kena sentiasa buat penilaian diri untuk jadi lebih better
6) banyakkan solat sunat dan bangun malam
7) time management
8) tuturkan kata2 dengan baik
9) selalu tersenyum, kalau tak orang ingat ada problem je
10) hormat orang lain dan sila berlaku sopan
11) uruskan hal peribadi dan kerja dgn baik

so mahfuzah, banyak betul benda yang dah tinggal. jangan disebabkan busy sgt dgn jadual harian sampai tak sempat nak pegi masjid. tak bagus.

awak tu student je baru, amek marine biotech je, bukannya amek medic pun. kalau skrg pun tak dapat nak urus waktu elok2, dah besar bila dah kawen ada anak semua nati mcm mana nak urus waktu?

so, please dear. buat sikit2. ubah sikit2. and yang paling penting jaga kesihatan. selalu sangat penat pun tak bagus juga. you owe your own time.

Thursday 28 March 2013

Bourgenvilla


Bourgenvilla - Spring



Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang memiliki
Kehebatannya di malam itu

Bila villa menyepi
Kenangan pun bertamu
Wajahmu menikam memperlahankan waktu
Aku pun hilang arah
Kerna di sini bermula cintaku padamu

Akukah yang keseorangan ditimpa percintaan
Janji manisnya yang mendera
Berikan kesempatan bukannya hukuman
Akan ku pastikan
Cinta ini

Andai dibiarkan ia usang
Diterangi malap pula
Akan tinggal bayang kekosongan
Terserahlah kepadamu

Atau ku biarkan ia usang
Ditemani unggas malam
Tinggal tiap kenangan tenggelam
Bersamamu selama-lamanya



#okay, mood nak layan lagu jiwang je sekarang, sorrylah =P


Wednesday 27 March 2013

Coretan untuk Awak

awak...

andainya awak tergerak hati lagi untuk tengok blog saya, ada sesuatu yang saya nak sampai kan dekat awak.

awak menangis bila baca entri saya sebelum2 ni kan? saya tulis entri itu bila saya dah okay sedikit. awak boleh bayang tak betapa teruknya hari2 saya lepas benda tu terjadi? sampai skrg sy masih igt lg rasa sakit yang menghimpit diri pada masa itu. 

tapi alhamdulillah. saya dah okay skrg. Allah tolong okaykan saya. Allah dah banyak tolong saya. saya bersyukur sangat Allah tak tinggalkan saya masa saya perlukan awak. betullah kata pepatah, cinta Allah tak pernah meninggalkan, cinta manusia kita ditinggalkan.

lepas 3 minggu berkabung dkat rumah, saya masuk sem baru tahun baru dengan layu. setiap hari teringat2. takda pun yang tak ingat. mula2 agak sgt susah untuk saya to find my balance. yelah, mcm hilang satu sayap, jadi kena balancekan dgn sayap yg tinggal. tapi lama2 sayap baru tumbuh and mungkin itu Allah yang beri. Allah yang tolong balancekan. terima kasih Allah :')

awak...

saya akui saya rindu. saya akui saya mahu. saya akui saya sayang. tapi saya tak pasti adakah saya cinta awak lagi. mungkin ya. tapi sebab saya rasa awak dah campakkan cinta saya entah ke mana, cinta itu hilang saya tak jumpa nak cari. yelah, cinta saya yang sudah terburai-burai awak buat. hancur berkecai lah kan. diterbangkan dek angin. 

saya akui, saya terkejut sgt awak dtg dekat lata belatan. tapi sebenarnya mmg dah ada dlm kepala saya awak dtg malam tu, tapi ingatkan sekadar angan2. tapi tak sangka betul2. maafkan saya tak cakap elok2 and tak jumpa awak betul2 malam tu. saya sedih sgt, saya rasa nak nangis sgt, tp saya tak larat kepala saya migrain. and sebenarnya saya selalu tengok dekat awak malam tu. kdg2 sy nmpak awak gelak2, kadang2 saya nampak awak monyok je. saya seronok tengok awak sihat walafiat, semua okay. saya dah amat gembira. tapi sayang, saya nampak awak message dgn seseorang. jadi, saya rasa mesti awak bahagia skrg dgn entah siapa.

awak...

coretan ini bukan mahu melepaskan perasaan, kesedihan, terkilan dan duka dalam hati saya. saya hendak beritahu harapan saya dalam hubungan kita.  

saya pun macam awak. saya tak mampu nak suka dekat siapa2, saya tak mampu nak pandang sesiapa. walaupun ada yang mencuba, tapi saya biarkan cubaan mereka gagal. sebab dalam hati saya ada awak sorang. hati ini telah ada tuannya, namun tuannya pergi tak kembali, hanya meninggalkan nama dan kesan tapak kaki. dan hati ini sebenarnya menanti, bila agaknya tuan ini mahu kembali pulang.

and sebenarnya saya sangat gembira dapat cakap dengan awak. macam ada satu perasaan lain datang, lega dan puas. lega dapat dgr suara. lega dapat lepaskan rindu. puas dapat bercakap dgn awak. puas hati. rindu. rindu sangat. masa saya cakap dengan awak baru saya sedar yang saya masih ada perasaan dekat awak. selama ni saya cuba tepis semua perasaan2 yang datang, sebab saya ingatkan saya sudah lupakan awak.

maaf sebab mula2 saya tegur2, sebab saya rasa sangat stress bila awak menang. saya nak menang jugak. tapi saya cakap mcm tu sebab saya nak awak ada hubungan yang lebih baik dgn perempuan selepas saya. awak tak teruk pun. awak okay je sayang. jangan sedih2 eh awak, saya tak menyesal pun jumpa awak. mcm mana saya nak menyesal kalau saya dah pernah awak anggap as segalanya bagi saya dulu. 

and bila awak menangis semalam masa kita on call, saya hanya mampu mengalirkan air mata jugak. saya tahu awak marah dgn saya sebab saya nampak macam tak hargai awak. awak.. saya sayang betul dekat awak. saya hargai awak, every inch of you. tapi saya tak tahu nak pujuk awak camana lagi, saya jadi kaku and speechless and hati saya sakit bila tengok awak sedih macam tu. saya ingatkan awak okay. saya ingatkan awak dah move on. saya ingatkan awak dah lupakan saya. bila saya dengar awak nangis, saya rasa mahu kesat air mata awak, tapi semua itu hanyalah mimpi kan awak.

tapi saya sedih bila awak keep ulang and cakap yang saya ni jenis yang takkan ada hubungan dgn lelaki yang sama buat kali kedua. memang saya pernah cakap mcm tu dulu, tapi itu sebab takda yang sampai rasa sayang macam ni. awak cakap takkanlah saya ni nak suka dekat awak lagi buat kali kedua. awak ulang benda ni banyak kali sangat sampai saya jadi speechless and just angguk dan setuju walaupun dalam hati saya bukannya macam tu. 

awak...

saya tahu awak mmg tak mahu dengan saya lagi. saya hanya bagi masalah dekat awak. saya hanya akan buat awak merana. takpelah awak sayang, saya redha, saya pergi, saya akan pergi jauh2 daripada hidup awak. saya takkan ganggu awak lagi. kalau saya muncul pun, anggaplah saya hanya ada urusan2 penting dan saya takkan ganggu perasaan dan hati awak lagi.

saya sedar di mana letaknya saya dalam hidup awak. saya hanya chapter yang telah berlalu dalam hidup awak. walhal saya sentiasa rasakan saya masih berada dlm satu chapter yang masih ada awak. perempuan mmg macam ni kot awak. walaupun awak cakap awak pun sedih and teringat dekat saya, saya tahu awak akan jadi okay bila awak dah jumpa pengganti saya. awak tetap lelaki walaupun awak ada hati macam perempuan. siapalah saya untuk ada connection dengan awak lagi. saya hanya gagak, awak itu merpati. gagak dengan merpati mana boleh kawan kan, sorang hitam sorang putih semerbak. 

awak.., terima kasih sebab berkorban untuk bagi saya kehidupan yang lebih baik sekarang. saya syukur. tapi saya hilang sesuatu. sesuatu yang besar nilainya lebih drpd permata. dan kehilangan itu, hanya Allah yang tahu. biarlah hanya Dia tahu rasa ini.

awak... biarlah Allah yang menentukan. hidup ini penuh dgn surprise dan misteri. kalau betul dah jodoh, mmg lari jauh2, dah cuba benci2 pun mesti akan end up together jugak. and if betul2 takda jodoh, walau camana usaha bagai bercinta bagai nak gila pun mesti takkan sama2 jugak akhirnya. saya yakin itu, saya pegang itu. mmg saya tahu jalan untuk kita sukar, dari awal perkenalan sampai akhir perhubungan. tapi saya tak putus asa untuk doa agar biarlah perkara yang terbaik jadi dekat hubungan kita. and hanya Allah yang tahu kan? :)

kalau awak nak tahu, saya tak baca novel2 cinta melayu. tapi saya tak tahu dari mana datangnya ayat2 macam2 kat atas ni. saya tulis drpd hati. saya tak fikir apa yang saya nak tulis. awak pun tahu saya macam mana kan, semua buat daripada hati, tak fikir dulu. kalau awak tak suka atau meluat dgn bahasa saya guna, maaflah, saya tak tahu nak guna bahasa apa lagi.

saya nak dedicate lagu dekat awak boleh? dengarlah lagu cinta pantai merdeka tu. deep meaning and it is specially for you. saya anggap ini semua kenangan manis kita. terima kasih ye awak.

ini saja coretan untuk awak. semoga awak dirahmati Allah sentiasa. assalamualaikum.







Welfare Bureau's work

update2 kerja welfare nak buat :

this is crazyyyyy XD

1) call ustaz annas pasal humanitarian visit dekat cambodia or mana2 yg available. kita try, kita plan, Allah yang tentukan :)

2) siapkan proposal blood donation. call bro malik pasal khemah,banner and sort of. upate dgn toin.

3) proposal ziarah tautan kasih ke raudhatus sakinah. cek balik either nak pegi dekat selangor or kelantan or melaka. call kak sarah malam ni. cek balik tempat kat sabak bernam. follow up balik dgn kak azi if dy nak join betul2 ke tak.

4) ibadah camp dekat rumah anak yatim. follow up balik dgn bui and the geng.

5) donation and zakat utk kematian ahli2 keluarga, make sure jalan.

6) collect donation selain wang ringgit seperti baju2, beg dan buku2 utk orphanage.

7) cek nama2 tok imam around kuantan yg uruskan kubur2. nati kena pegi field visit kubur2 dgn toin and subcom.

8) naik cuti kena buat first meeting cepat2. treasurer-akaun donation (whole) and ikut nama. s.u-tulis report stiap meeting.

9) brainstorm utk breast cancer awareness charity run with bodyshop and yakult, siapkan proposal terus.

what else what else?

ya Allah, permudahkanlah urusanku yang ingin memudahkan urusan2 hamba-Mu yang lain. ameennn.

permudahkanlah urusanku untuk berbakti kpd org lain dgn segala kudrat yang ada ya Allah. ku mohon Kau mudahkan. ameeennn.



Mount Tebuuuuu

baru balik gunung tebuuu cebuuuu XD

okay kaki sakit2 tapi tak injured teruk sgt mcm yg aritu pegi gunung berembun, takda yg kuku darah or pacat hisap darah.

before pegi seirus frust sedikit sebab geng2 hiking tak dpt join sebab masing2 ada urusan (diyana, tinshah,fatinazira, paan, chot) tapi ada org baru ajee, naeilah, sazi, ckin, syuaidah and moh sekaliann. 

so the trip sangat okay! :) yg tak okaynya bula dgn tetiba migrain dtg kat hemiesfera belah kanan. rasa mcm nak seret kepala dekat jalan tar, haha. kesian dkat dyorg2 kena urut2.

and yg mcm surprisenya tak sangka dia datang. tapi sebenarnya dah boleh rasa dah. tapi macam igtkan just angan2 kosong, haha. and maaflah sy tak dpt nak cakap dgn awak sgt malam tu, rasa mcm nak nangislah awak. sy pun ada perasaan manusia tawu tak awak?

 ehem2, dah cukup2.

jadi, masa naik tebu tu mmg okay awal2. lama2 tu masing2 ada monolog sendiri. ni antara tweets dgn ajee, haha.


while hiking yg mencanak : "okay guys, what am i doing here?" with

kat puncak gunung : "here we are! woohoo hebatnya kita woohooohooohh!" with

bila kt campsite yg jauh from punca air : "i hate this.i totally hate this.kalau dekat rumah sedap je boleh mandi shower" with

while turun gunung : "haish, mental sungguh, ni semua dugaan. apa kita buat kat sini skrg?" with

time dekat air terjun lata belatan : "hoorayhhh besttthhhhhnyewwwww! tejukk tejukkk! jomm naik lagiii!" with =.='


jd dah faham kan rasa mcm mana kat tebu tu? hahaha.

yg paling best mandi dekat air terjun lata belatan tu, seriusssslyyy. nanti nak buat trip mandi dekat situ lagi, haha.

okaylah, sampai di sini saja. gambar, nanti2 kita upload kalau rajin, hewhew XD

Cinta kita di Pantai Merdeka


Cinta Pantai Merdeka 

by : Tropika
Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan


Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...


Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

:)