Friday 1 February 2013

Pesan Awak

awak banyak berpesan dekat saya, banyak sangat sampai saya kena tulis dalam kertas.

daripada awal kita kenal, saya sangat terkejut bila awak dengan tiba2 pesan dekat saya untuk banyakkan berdoa time sujud. masyaAllah, tak pernah ada laki yang baru je kenal and tiba2 pesan macam tu dekat saya.

and saya terkejut bila awak tiba2 bagi saya kitab bila saya tanya tentang puasa nazar. saya tak pernah sangka awak akan buat macam tu. and since form that, saya tahu awak baik orangnya. and pada masa itu, saya rasa saya sudah jatuh cinta dengan kebaikan dan nilai agama yang awak pegang. tapi saya senyap, saya malu.

and lepas kita dah jadi makin rapat and merancang untuk kahwin, awak lagi banyak sangat bagi pesanan and teguran. setiap hari mesti awak kena bagi tazkirah dekat saya sebab nak biar saya berubah. awak cakap kalau diingatkan hari2 baru boleh masuk dalam kepala.

saya bersyukur sangat sebab saya rasa saya jadi lebih better sekarang. bukan kesemuanya bagus, tapi ada banyak benda yang saya dah ubah. yang paling terkesannya is cara hidup saya. saya dah kurang bersosial and lebih menjaga adab2 dengan orang lain.

banyak sangat yang awak tegur sampai pada satu masa saya rasa saya ini tak layak sangat dengan awak. saya rasa saya hina sangat kalau nak dengan awak. tapi awak tetap nak tunggu saya and awak tetap suruh saya berubah.

saya hanya manusia biasa awak. walaupun ayah saya menjaga agamanya, iman itu tidak diwarisi. saya sudah banyak hanyut dengan dunia and saya dah banyak berubah disebabkan banyak benda2 yang terjadi pada masa lalu. saya bersyukur awak hadir dalam hidup saya untuk tegur kesilapan saya. namun, kesilapan saya terlampau banyak sampai awak sudah tak tahan and dah tak boleh nak sabar dengan saya. and awak banyak sedih sebab saya tak ikut cakap awak. awak silap sebab saya sebenarnya sangat2 berusaha untuk ikut cakap awak.

saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk awak, saya cuba ubah segala2 yang patut untuk menjadi isteri awak. saya cuba sediakan diri saya untuk jadi isteri yang solehah untuk awak. saya cuba sedaya mungkin, saya fikir dulu sebelum buat sesuatu. saya cuba ikut semua tapi, manusia tetap melakukan kesilapan. and saya tahu awak takkan lupa akan segala perbuatan yang saya dah buat dekat awak.

and bila awak cakap yang walau awak bagi peluang sekali lagi dekat saya, awak tetap tak boleh lupakan kesedihan yang saya dah buat and saya takkan dapat rawat semua itu. andai itu apa awak fikir, saya tak mampu nak berbuat apa2 untuk mengubahnya. saya hanya mampu berdoa pada Allah agar diberikan ketenangan dan ketetapan hati.

awak, saya sedih sebenarnya bila perpisahan ni terjadi. saya andaikan saya tidak punya apa2 selain awak. ya, dulu saya ego, saya taknak kalah sebab saya malu dengan awak. tapi bila awak cakap saya hanya anggap awak as seseorang while awak anggap saya as segalanya, saya terhenyak sebab saya seperti tidak berikan sepenuhnya dekat awak. mungkin sebab trauma dengan kisah2 lalu. namun, percayalah, saya sudah anggap awak melebihi segalanya. and hanya awak seorang yang saya mahukan.

kerna saya tahu hanya awak yang boleh menggantikan abah dalam hidup saya. awak ada prinsip and pegangan yang sama macam abah. awak care macam abah. awak affectionate macam abah. gadis mana yang tidak mahukan lelaki yang punyai cara and sikap macam ayahnya sendiri. saya rasa selamat bila dengan awak. apa2 yang awak tegur memang saya admit sama dengan apa yang abah saya tegur. tapi, saya buta. saya tuli. saya tak hargai kehadiran awak selama ini. saya menyesal.

apakan daya wahai awak yang saya sayang, mungkin cinta itu bukan milik kita. mungkin jodoh itu bukan milik kita. mungkin rasa yang dirasakan dalam hati ini bukan milik kita. mungkin debaran jantung yang dirasakan kita selama ini sebenarnya bukan milik kita. di saat saya merasakan awak adalah segalanya, awak pergi jua meninggalkan saya. hendak saya katakan bagaimana lagi bila awak sudah pun tawar hati dengan saya. 

awak, saya akan ingat pesan awak sampai bila2. terima kasih sebab tegur salah saya selama ni. saya akan buat awak macam benchmark saya walaupun awak tak tahu, walupun awak tidak endah and sudah tidak peduli dengan saya. mungkin saya akan berhenti mencintai awak bila Allah sendiri yang ambil rasa ini dari hati saya. saya akur dengan kehendak and takdir Allah andai kita memang ditakdirkan hanya bertemu untuk seketika. kerna saya kena faham yang cinta tidak semestinya memiliki.

jalani hidup yang lebih baik. terngiang-ngiang di telinga setiap kali. itulah pesanan terakhir awak dekat saya semasa saya memohon merayu untuk peluang yang terakhir. terima kasih yeh untuk semua. fuza akan cuba berubah dari masa ke masa. fuza akan cuba jalani hidup yang lebih baik and bermakna. terima kasih sebab tegur segala kesilapan fuza selama ini. 

walau saya menangis pada setiap kali saya solat, walau saya merayu pada Allah untuk dikembalikan masa dulu, saya tetap tidak akan dapat ubah pendirian awak. awak amat tegas orangnya dan saya tahu awak takkan senang2 untuk ubah keputusan awak. saya hanya mampu berserah dan berdoa dan merintih pada Yang Maha Esa. hanya itu yang saya mampu.

sesungguhnya, betapa saya sedar akan kelemahan dan kekurangan saya. saya sedar betapa tidak layaknya saya untuk berada di samping awak, untuk menjadi isteri awak. saya akur jika awak sedang mencari pengganti saya sekarang. saya akur dan pasrah. saya akan berusaha meredhakan pemergian awak daripada dalam hidup saya.

terima kasih untuk segala pesan awak pada saya yeh.



Tidak Sihat

sekarang tengah buat apa?
sekarang tengah berusaha mengatasi tekanan jiwa yang tak habis2 lagi since 11 januari 2013.
sedih tak awal2 new year lagi da jadi macam ni?
time cuti sem ni ialah tempoh berkabung, namun tak pasti bila masuk sem baru still berkabung lagi ke tak.

well, sejujurnya, aku sangat tidak sihat sekarang. tekanan jiwa, mental dan emosi. kalau dulu malam2 tak boleh nak tidur sgt, tp alhamdulillah skrg dah boleh tidur. takda selera makan langsung, bila time nak makan sampai kena fikir perlu makan ke tak? kalau tak makan perut masuk angin, so makanla jugak sikit2 walaupun ada rasa nak muntah. barulah aku faham kenapa orang kalau baru clash ada yang jadi kurus kering,hurm. tapi sekarang problem terbesar is aku setiap kali bangun pagi or bangun tidur mesti jadi emo. sebab apa? sebab time tidur dalam mimpi aku mesti ada dia. sedih weh. time tidur aku rasa aku nangis sebab bangun2 pagi haa penuh mata ni. and lagi pun drpd dulu setiap kali bangun mesti dia antara benda pertama yang aku fikir. so, dah jadi biasa, and sekarang dah jadi macam orang gila orang meroyan setiap pagi. mesti lepas solat subuh aku diam and diam and diam and diam and fikir and diam and fikir balik and diam je. nasib baik ada iman di dada yang tahan aku drpd buat benda2 bukan2. and nasib baik dekat rumah ada kakak aku, taklah aku fikir sangat benda ni walaupun sangat fikir. letihnya jadi emosi macam ni tiba2. letih2, tak sukaaaa.
 penat bila asyik fikir pasal ni, but i really don''t have any way to lari drpd benda ni. because i have been so attached with him, and ktorg kenal agak lama dah setahun lebih, and ktorg berkawan since from the beginning kenal. haa maksudnya dah setahun lebih ktorg berkenal2 hati budi masing walaupun awal2 tu just act as junior senior. seriusly aku bagitau yang aku amat rasa kehilangan. kehilangan semuanya, daripada awal sampai akhir. macam tu je dia pergi, musnah harapan aku, separuh diri hilang. inilah masalahnya bila dah terlampau suka atau sayang atau cinta. ya Allah, lepas2 ini aku mohon kau jangan terbitkan rasa cinta yang sebegini dekat sesiapa pun, kerna ia amat sakit ya Allah. 

boleh dikatakan perasaan aku dekat dia memang sepenuh hati. sampai rasa macam dekat hati dah ada tertulis nama dia, dah melekat dekat situ. pedihnya nak buang Allah je yang tahu. banyak hikmah benda ni jadi, aku tahu. and sekarang aku belajar untuk menerima walaupun sukar, walaupun tak tahu bila boleh accept benda ni. mungkin bila dah masuk sem baru nanti, bila dah busy. ada pengajaran Allah nak bagi, and i really have to sentiasa ingat benda tu, sentiasa dekatkan diri dgn Allah. inilah mungkin hikmah terbesarnya. walaupun time aku dengan dia, aku banyak berubah ke arah kebaikan and aku cuba untuk berubah bukan sebab dia. namun aku belajar sesuatu yang baru iaitu orang yang minta kita berubah itu tak semestinya stay dengan kita bila kita dah berubah. dia merasakan aku tidak cukup berubah lagi and dia sudah tidak tahan dengan perangai aku. ya Allah, aku ni teruk sangat ke ya Allah? ya, mungkin teruk tapi tolong berikan aku satu lagi peluang ya Allah, untuk ubah diri ini and jadi yang lebih baik.

kekadang aku terfikir, mungkin perpisahan inilah jawapan terhadap doa2 aku selama ini,yang mohon keampunan, ketenangan dan cara yang paling baik untuk hadapi aku dan dia. walaupun ini ialah keputusan dia, namun mungkin Allah ada sembunyikan sesuatu yang aku betul2 tak nampak. sekarang, dalam kepala aku sungguh banyak kemungkinan. and sungguh, aku tak tahu yang mana satu.

ya Allah, kupohon Kau berikan yang apa2 yang terbaik untuk berlaku dalam hidupku, amin.